Saturday 11 March 2023

Kayuhan sebelum puasa @Serendah Loop - 4 March 2023

Berbaki cuti semester yang hanya tinggal 2 minggu lagi digunakan sepenuhnya untuk berkayuh road di kawasan Bukit Beruntung. Kali ini membuat Loop Serendah berbanding Loop KKB pada 2 minggu yang lepas. Jarak kayuhan yang pendek disebabkan terdapat urusan kenduri kahwin pada tengaharinya dan perlu balik awal. Walaupun cuaca hari ini mendung dan redup memang sesuai untuk berkayuh. Angin bertiup nyaman tanpa sinaran matahari membuat kayuhan agak bertenaga kali ini. Macam biasa, berkayuh dengan Hanazli yang sememangnya pun ada kenduri kahwin pada hari ini. Maklumlah cuti sekolah sekarang ini, ramai yang mengambil peluang sebelum tiba bulan Ramadhan nanti.

Kayuhan berdua yang bermula di PULAPOL Bukit Sentosa menuju ke Serendah melalui jalan belakang E9 Perodua iaitu menyusuri Kawasan UMW High Value Park (UHVP). Sepanjang kayuhan, tidak terserempak dengan ramai pengayuh, hanya seorang dua sahaja semasa di Serendah. Berhenti untuk bersarapan pagi di Antara Gapi sebelum menyambung semula kayuhan. Seperti biasa, kayuhan pulang di laluan Rasa-Bukit Beruntung sememangnya mencabar jika kurang stamina. Memang putus nafas dibuatnya, tetapi nasib baik cuaca mendung dan belum panas terik lagi.   


Santai jea...minggu depan tak free nak kayuh....ambil anak dekat asrama...minggu jea dapat kayuh...next time ingat nak kayuh Genting Sempah sebelum puasa...

Best kayuh hari ini....nyaman dan berkabung...lagi pun mendung sepanjang kayuhan...

Best kayuh hari ini...

Tepi jalan raya punnak bergambar...berhenti rehat kejap depan Petron Rasa...plan nak ke KKB tapi tengok masa macam tak sempat jea....masa terhad hari ini...

Lencong ke Rasa sahaja....next ride baru ke KKB....masa tak mengizinkan....

Anas,,,, training untuk OCBC Ride minggu depan dekat KL....tak dapat join sebab ambil anak habis SPM dekat Pekan...

Tengok pun dah sayup-sayup jea jalan ini...tapi nasib baik redup tak panas....ada semangat sikit nak mendaki....


Tak banyak kenderaan hari ini...tenang berkayuh ..tapi kadang-kadang laju-laju juga kereta... bas terutama "Smart Selangor" memang slow kalau nampak rider sedang berkayuh.... respect dekat driver bas...

Mileage kurang kali ini....

Jadilah....Loop Serendah...lain kali kayuh lagi.... tengah mengintai-intai event century ride selepas raya nanti...dah lama tak berkayuh jauh-jauh....next semester cuti awal sebab subject tak banyak...boleh kayuh lebih sikit....