Berbaki cuti semester yang hanya tinggal 2 minggu lagi digunakan sepenuhnya untuk berkayuh road di kawasan Bukit Beruntung. Kali ini membuat Loop Serendah berbanding Loop KKB pada 2 minggu yang lepas. Jarak kayuhan yang pendek disebabkan terdapat urusan kenduri kahwin pada tengaharinya dan perlu balik awal. Walaupun cuaca hari ini mendung dan redup memang sesuai untuk berkayuh. Angin bertiup nyaman tanpa sinaran matahari membuat kayuhan agak bertenaga kali ini. Macam biasa, berkayuh dengan Hanazli yang sememangnya pun ada kenduri kahwin pada hari ini. Maklumlah cuti sekolah sekarang ini, ramai yang mengambil peluang sebelum tiba bulan Ramadhan nanti.
Kayuhan berdua yang bermula di PULAPOL Bukit Sentosa menuju
ke Serendah melalui jalan belakang E9 Perodua iaitu menyusuri Kawasan UMW High
Value Park (UHVP). Sepanjang kayuhan, tidak terserempak dengan ramai pengayuh,
hanya seorang dua sahaja semasa di Serendah. Berhenti untuk bersarapan pagi di
Antara Gapi sebelum menyambung semula kayuhan. Seperti biasa, kayuhan pulang di
laluan Rasa-Bukit Beruntung sememangnya mencabar jika kurang stamina. Memang
putus nafas dibuatnya, tetapi nasib baik cuaca mendung dan belum panas terik
lagi.
No comments:
Post a Comment