Sunday 28 April 2019

Botani Putrajaya Ultra (50Km) - 27 April 2019

Ini bukan kali pertama register untuk event ultra, sudah dua kali mendaftar pada tahun lepas namun hajat tidak kesampaian. Janda Baik Ultra tidak tertunai disebabkan oleh kayuhan Burung Hantu Nite Ride di Alor Gajah Melaka. Sudah register tetapi akhirnya jual kembali bib number kepada orang lain. UD Cross Country Series di Batu Arang kecundang disebabkan oleh demam, selsema serta batuk yang berpanjangan. Alhamdullilah kali ini berjaya juga menghabiskan larian ultra di Taman Botani Putrajaya. Larian sepanjangan malam yang bermula pada pukul 8 malam sehingga 8 pagi keesokan harinya.

Larian selama 12 jam yang disertai oleh seramai 115 orang peserta sahaja. Tidak ramai penyertaan pada larian ini mungkin disebabkan oleh terdapat acara larian yang lain atau ramai yang tidak berminat untuk berlari disepanjang malam. Larian disekitar Taman Botani yang mempunyai permukaan yang landai serta berbukit.

Akhirnya tercapai hajat untuk lari kategori Ultra...memang mencabar berlari jarak jauh nie....metal kena kuat...


Bergambar dulu sebelum memulakan larian....

Briefing daripada pihak penganjur...langkah keselamatan serta route yang akan dilalui.... headlamp adalah suatu kemestian disebabkan terdapat laluan yang gelap tanpa lampu.... 

Lebih kurang 115 orang yang mendaftar untuk larian pada malam nie....acara bermula di Taman Pepanjat di tengah-tangah kawasan Taman Botani....

Water Station di kawasan starting point memang bersesuaian dengan keadaan dan makanan serta minuman yang disediakan amat mencukupi dan sentiasa tersedia untuk para peserta mengambilnya apabila melaluinya....ramai peserta mendirikan khemah di kawasan starting line dan terdapat juga rakan-rakan serta family yang berkhemah disini sambil menunggu peserta menghabiskan larian....

Terowong yang terdapat di Taman Botani....kawasan ini tidak boleh dilalui oleh pengunjung pada hari biasa kerana dikawal oleh security...tetapi untuk acara ini, kami melaluinya untuk sampai dikawasan rumah pekerja Taman Botani dimana peralatan serta kelengkapan di simpan di sini....

Tidak banyak gambar yang diambil semasa berlari...hanya semasa 1st loop sahaja dan selepas itu disimpan di dalam kereta...lagi pun suasana gelap disekitar taman....
Terdapat dua kawasan timing clip semasa berlari iaitu di kawasan pekerja taman dan di starting point @tapak event... timing chip sensor yang dipakai di pergelangan tangan dan akan di scan menggunakan device bagi merecordkan masa larian... 

Jarak minimum sejauh 50km selama 12jam...rasanya memang cukup memadai dan mampu dihabiskan oleh setiap peserta jika tidak berlaku sebarang kecederaan yang serius....ini kerana terdapat juga peserta yang merancang larian mereka sambil berehat atau tidur semasa larian berlangsung....terdapat yang tidur dulu di dalam khemah semasa separuh larian dan meneruskan semula baki larian sehingga pukul 8 pagi.... disebabkan aku tak tahu...maklumlah baru pertama kali mencuba maka cuba menghabiskan larian secepat yang mampu untuk balik tidur di hotel...next time kalau tahu...boleh bawa khemah dan lari santai-santai sehingga COT tamat...  

Jarak larian sejauh 5km untuk satu loop....untuk 1km yang pertama laluan adalah menurun melalui kanopi walk menuju ke Information Center Taman Botani serta kawasan parking menuju ke Astana Marroco serta Restoran Seafood Botani...KM2 berlari landai disepanjang tasik menuju ke terowong..KM3 terdapat pendakian di kawasan rumah pekerja...manakala KM4 turun semula ke terowong dan mendaki semula sehingga ke KM yang terakhir.... 

Gambar medal tak dapat upload lagi sebab tak dapat lagi...organizer bagi tahu ada masalah teknikal sedikit...medal akan dipostkan dalam masa 2 minggu lagi...tak kisah sangat, asalkan dapat nanti...yang penting dapat menghabiskan larian itu lagi penting...

Berjaya menghabiskan larian dalam tempoh 8jam 40minit.... 10km yang terakhir berlari dalam keadaan kedua-dua tapak kaki yang melecet...cuba pakai sandal semasa loop 9...tapi rasanya lagi teruk keadaan tapak kaki...akhirnya pakai semula kasut semasa loop yang terakhir... cuba menghabiskan larian walaupun hanya dengan berjalan kaki sahaja...tak mampu lagi nak berlari dengan keadaan tapak kaki yang semakin pedih... akhirnya bersyukur apabila sampai di finishing pada pukul 4.40 pagi... adik marshal dekat finishing line cakap kenapa nak stop sekarang ada banyak masa lagi sampai pukul 8 pagi.... dah cukup-cukup dah dik....tapak kaki dah tak mampu lagi...mata pun dah mengantuk nak tidur nie.... ini lepas nie nak drive balik hotel pulak....

Laluan landai sejauh 2km disepanjang tasik dengan keadaan gelap serta permukaan jalan konkrit yang licin dan permukaan jalan yang tidak rata menyebabkan tapak kaki terasa sakit.... laluan disini sememangnya gelap dan sunyi....kadang-kadang agak menyeramkan apabila berlari berseorangan.... 4 kali jugak lalu di kawasan ini tanpa ada peserta di depan atau pun di belakang....meremang jugak  bulu roma tengkok...tapi buat tak tahu jea...yang penting fokus pada larian..in sya Allah tak ada apa-apa... jumpa lagi di larian akan datang.....Selamat Berpuasa....

Sunday 14 April 2019

Score Run : Run The Night - 13 April 2019

Larian Score Night Run kali ini bermula di Dataran Putrajaya sama seperti tahun lepas. Tahun ini masih mengekalkan format yang sama iaitu terdapat larian Day & Night. Larian Score Run Day akan berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil pada bulan July nanti. Penyertaan Score Night Run kali ini memcecah seramai lebih kurang 15 ribu orang peserta dan terdapat penambahan satu lagi kategori iaitu Full Marathon. Kategori Full Marathon merupakan kategori baru yang diperkenalkan pada tahun ini. Namun kategori ini hanya ada pada Night run sahaja dan tidak ada pada Day run.

Terdapat 4 kategori pada Night run kali ini iaitu 5Km, 10Km, HM dan FM. Seperti biasa, ambil kategori HM sahaja, takut kalau ambil FM nanti, bila sampai finishing line orang dah tak ada. Cut off FM selama 7jam 30 minit iaitu pada pukul 3.30 pagi. Fuuhhh...dah nak ke waktu suboh kalau macam nie.

Flag off kategori HM pada pukul 8.40 malam dan peserta kategori ini dianggarkan lebih kurang 3600 orang. Masa yang diberikan selama 4 jam.


Larian HM yang kedua tahun ini selepas TwinCity Marathon....

Ditemani oleh wife dan anak pada malam ini.... penat katanya menunggu untuk sampai di garisan penamat...

Ramai pelari HM sudah berada di dalam kawasan starting line...peserta FM telah dilepaskan pukul 8 malam....

Lebih kurang 3600 peserta HM membanjiri Dataran Putrajaya bersama dengan peserta 5Km dan 10Km yang telah menghabiskan larian pada sebelah petang.... ada juga peserta yang sudah balik selepas kategori acara larian selesai...

Solo jea.... nasib baik anak tolong ambilkan gambar...

Larian tamat....hanya peserta HM dan FM sahaja yang kelihatan di sini....yang lain sudah balik, lagi pun jam sudah menunjukkan hampir tengah malam...

Peserta FM kali ini dikehendaki berlari 2 loop yang sama....rasanya agak mental untuk berlari di laluan yang sama di tengah malam dengan suasana yang semakin sunyi dan jumlah peserta pun semakin berkurangan....

Bergambar dulu sebelum balik.....mata dah mengantuk dan badan pun dah letih....

Gaya jea lebih.....

Babat Jr. pun dah mengantuk....muka pun dah macam zombie.....

Ok....jom balik....

Medal HM yang kedua untuk tahun ini....in sya Allah, medal ini akan di combine dengan medal Score Day Run pada bulan July nanti....

Timing yang agak kurang memuaskan walaupun pun di bawah masa 3 jam....

Route yang berbentuk roller-coster....banyak pendakian turun naik di laluan ini.....laluan ke PICC agak mental disebabkan banyak pendakian....namun baki 3km yang terakhir apabila sudah menghampiri garisan penamat tetapi berpatah balik sambil melihat rakan-rakan lain menuju ke finishing line lagi membuatkan larian semakin perlahan kerana ada baki 2km lagi yang perlu dihabiskan.....
Jumpa lagi di Score Day Run di Bukit Jalil pada July nanti....

Repeat Bukit Beruntung Loop - 13 April 2019

Minggu ini repeat semula loop Bukit Beruntung sama seperti minggu lepas tetapi kali ini ramai rakan-rakan kayuhan yang join bersama. Kayuhan bermula seawal jam 7.15 pagi. Bermula awal disebabkan cuaca panas ketika ini. Kayuhan santai dan bersahaja jea. Jika minggu lepas breakfast di Antara Gapi namun minggu ini di pekan KKB pulak.


Seperti biasa...Pit Stop di simpang Rasa-Sirim....sambil menunggu Basri yang berkayuh dari Antara Gapi...

Berhenti di pekan KKB untuk bersarapan pagi....

Singgah di Balai Bomba & Penyelamat KKB.... ada geng nak ambil borang untuk bomba sukarelawan...


Posing gambar dulu depan balai....kereta bomba tak ada hari ni...dah keluar kot buat operasi menyelamat....

Basri.....

Jefri....selesai ambil borang...kalau ada rezeki boleh yang ahli bomba nanti...

Sebelum balik bergambar dulu.... bukan senang nak bergambar depan balai bomba nie...


Jalan Ampang Pecah......


Speed 30~35km/h.....jalan lenggang tak banyak kenderaan...

7-Eleven Antara Gapi.....rehat dulu sambil beli air....hari dah semakin panas....

Jalan Serendah....kenderaan banyak...kena lebih berhati-hati...

Traffic light simpang Sungai Choh....menuju ke simpang Perodua...

Menuju ke Perodua.....jalan lenggang sebab hari Sabtu tak bekerja...

Laluan menuju ke Masjid Perodua dan Taman Perumahan Ros... laluan ini untuk kenderaan ringan sahaja...lori, bas dan kenderaan berat yang lain dilarang masuk disebabkan ada palang besi di atas...

Bersebelahan Perodua terdapat taman perumahan yang sedang dibina.... Alamanda Park Land..

Sales Office....

Alamanda Park Land....masih dalam pembinaan....

Rumah contoh....

Masjid Perodua.....hujung minggu memang lenggang...maklumlah tak ramai pekerja Perodua yang bekerja.... 

Jadi lah.....untuk minggu ini....kayuhan untuk kesihatan...

Jarak laluan sama seperti minggu lepas....65km jea....