Sunday 31 January 2010

PRCC Single Trek.....

Pada hujung minggu yang lalu (30 January 2010),saudara Azam dengan bersemangatnya telah berjaya meminjam sebuah "Chainsaw" untuk kami memotong pokok-pokok yang tumbang di laluan Prima Riders Single Trek. Single trek ini akan digunakan untuk HASH Sungai Buaya pada bulan hadapan (28 Feb 2010). Laluan ini merupakan single trek technical di kawasan kebun getah. Berikut merupakan gambar aksi-aksi members Prima Riders semasa membersihkan trek ini.















Tuesday 26 January 2010

Recce Trail Bersama KLMBH

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil semasa recce trek bersama KLMBH.......


















Recce Trek Prima Beruntung-Sg.Buaya Bersama KLMBH

Minggu ini, kayuhan kami bermula di Guard Post Prima Beruntung bersama group KLMBH. Kayuhan bermula pada pukul 9.10 pagi bersama 4 peserta KLMBH yang terdiri dari Mr.Huang (HYH),isteri dan rakan-rakan. Kami terdiri dari 9 orang yang diketuai oleh saudara Anwar. Laluan trek Bukit Fed-Up memulakan kayuhan kami. Bukit Fed-Up merupakan bukit curam bertanah liat serta berair. Laluan ini agak licin dan basah. Kayuhan di sini memerlukan banyak tenaga.








Setelah sampai di puncak Bukit Fed-Up, laluan single trail menanti kami. Kami mengelarkan laluan ini sebagai “PRCC Single Trek). Laluan ini merupakan laluan single trek technical serta downhill yang curam. Kayuhan dilereng bukit getah beserta akar pokok yang bersilang-silang memang menguji skill setiap pengayuh. Jika tersilap teknik, maka tersembablah ke bumi. Laluan ini, terdapat 2 anak sungai yang perlu diharungi. Acara mengangkat basikal amat sesuai tetapi bagi mereka yang ingin menguji kemahiran memang amat mengujakan. Laluan seterusnya adalah melalui kawasan tadahan air di Loji Air Sungai Buaya.








Kayuhan di tebing kolam tadahan air yang berwarna seperti air teh tarik ini amat mendebarkan. Jika tersilap langkah maka….mandi lah nampaknya. Kemudian kami melalui tembok ampangan.. Tetapi hati-hati jangan sampai terpijak pipe PVC yang terdapat disitu.

Setelah keluar dari kawasan loji air, kami memasuki kawasan berbukit. Pendakian di bukit ini sungguh memenatkan sehingga kami berhenti beberapa kali untuk menghilangkan letih. Seterusnya kami menjumpai laluan downhill menuju ke kawasan single trek yang kali lalui tadi. Setelah berpatah balik, kami menjumpai satu lagi laluan sehingga menuju ke loji air semula.




Seterusnya, kami memasuki laluan tarmac di Felda Sungai Buaya dan kemudianya berhenti rehat disebuah kedai runcit untuk minum. Selepas itu laluan kami ke Prima Beruntung melalui single trek kebun getah dan seterusnya laluan trek kebun getah di Prima Beruntung melalui bukit 3 tingkat. Setelah menuruhi downhill, kami pun sampai di Guard Post Prima Beruntung pada pukul 1.15 tengahari.
Seterusnya, kami berbincang untuk memasuki semula kawasan trek pada keesokan harinya.

Kayuhan Bkt. Beruntung-Bkt.Tagar-Sg.Buaya-Prima

Pada 17 January yang lalu, group PRCC telah memasuki semula lalauan minggu lalu iaitu trek Bukit Beruntung-Bukit Tagar. Tujuan kayuhan pada kali ini adalah untuk mencari laluan baru dari Bukit Tagar ke Prima Beruntung melalui kawasan berbukit & ladang kelapa sawit.


Ladang Kelapa Sawit MK Land


 Bukit Tagar-Sebelahan PLUS Highway

Kayuhan yang landai dengan trek yang berdebu serta berpasir. Di sini terdapat banyak kolam-kolam ikan terutama ikan keli serta talapia. Udara disekeliling kawasan kolam nie….sungguh tak menyeronokkan lansung. Bau yang busuk seperti kolam tadahan kumbahan membuatkan tekak kami mual & loya. Disebabkan pencarian trek tanpa menggunkan alat GPS, maka penggunaan alat “GPS Indon” amat diperlukan. Kami bertanya kepada pekerja-pekerja indon di sini bagi mengetahui jalan yang harus dilalui.







Kayuhan selama sejam sejauah 20km, telah menyebabkan kami sesat sehingga sampai ke persimpangan Sungai Buaya & Batang Berjuntai. Kami telah mengambil keputusan untuk melalui kawasan Sungai Buaya untuk perjalan pulang.




Setelah melalui laluan single trek akhirnya kami pun sampai di laluan Sungai Buaya yang pernah kami lalui sebelum nie. Laluan di sini terbuka dengan panas mentari serta berbukit. Up hill @ climbing memang sungguh memenatkan. Kami berehat setelah penat berkayuh. Jarak laluan ketika ini sejauh 35km. Semasa berhenti rehat, kami telah terserempak dengan group KLMBH (Kuala Lumpur Mountain Bike Hash) yang sedang “recce trail” untuk kayuhan HASH Sungai Buaya pada bulan Februari nanti. Setelah selesai sesi berkenalan, Mr.Huang (HYH) serta rakan-rakan berminat untuk mencari laluan antara Sungai Buaya ke Prima Beruntung. Kami bersetuju untuk menunjukkan laluan tersebut kerana kebetulan kami juga akan melalui laluan tersebut untuk balik ke Prima Beruntung.


Single trek pokok getah diantara Sungai Buaya ke Prima Beruntung amat menguja serta berkanopi. Laluan seterusnya, trek ladang getah 3 tingkat, kayuhan mendaki yang panjang. Di puncak bukit getah, group KLMBH telah mempelawa kami untuk bersama-sama mencari trek yang baru pada kayuhan minggu hadapan. Setelah bertukar-tukar nombor hand phone kami pun berpecah untuk balik manakala group KLMBH meneruskan pencarian trek seterusnya. Keadaan cuaca yang panas terik dan juga jarak kayuhan kami yang hampir menjejah 50km telah menyebabkan kami membuat keputusan untuk pulang menuju Guard Post Prima Beruntung.
Kayuhan kali ini panjang dengan cuaca yang panas terik amat memberikan kepuasan kepada kami semua. Aktiviti minggu depan adalah untuk mencari trek HASH bersama group KLMBH.

Wednesday 13 January 2010

Kayuhan Bkt.Beruntung-Bkt.Tagar-MK Land (45km)

Hujung minggu yang lalu, kayuhan awal tahun dimulakan dengan mengimbau kembali trek yang telah setahun tidak dilalui.Laluan Bukit Tagar sejauh 45km dengan laluan ladang kelapa sawit, trek berpasir ditepi sungai dengan pemandangan kolam-kolam ikan serta kandang lembu dan juga kambing. Disepanjang laluan kami dihidangkan dengan laluan landai dan serta berbukit.
Di awal kayuhan, kami melalui jalan tarmac berbukit sejauh 5km.Di sini kami telah terserempak dengan kumpulan basikal "Associated CycloSoportif Trekkers" (ACT) seramai lebih kurang 30 orang bersama marsyhal motocross & pickup 4x4. Kumpulan hanya memakai besikal berjenama "Giant" sahaja. Kami telah melencong ke laluan off road sambil meninggal kumpulan basikal giant.





Laluan off road berbukit di ladang kelapa sawit memulakan cabaran kayuhan kami pada hari ini. Dengan pendakian yang agak curam beserta upah downhill yang sedikit mengujakan.



Kemudian laluan berpasir di tepi kolam ikan serta ladang lembu disajikan. Laluan ini berdebu serta berpasir ini cukup santai dan besahaja. Di sini terdapat banyak burung hijrah (burung benua) yang disinggah semasam berlaku pertukaran musim.




Semasa kayuhan di laluan ini, kami telah terserempak dengan salah seorang pengayuh wanita dari kumpulan giant yang telah ditinggalkan di belakang tanpa ditemani oleh swepper. Secara kebetulan, laluan kami adalah sama iaitu menuju ke Bukit Tagar. Tetapi tindakan kumpulan tersebut meninggalkan ahli kumpulan jauh dibelakang tanpa swepper adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh kumpulan basikal yang lain.Bergerak secara berkumpulan tidak bermakna jika terdapat ahli kumpulan yang tertinggal ke belakang.



Hampir 5km kayuhan, baru kami terserempak dengan swepper kumpulan tersebut dan seterusnya kami melakukan pendakian. Kami namakan bukit terseut "Bukit Surau", kerana terdapat sebuah surau di atas bukit tersebut.



Kayuhan seterusnya menuju ke Bukit Tagar. Kami sampai ke Bukit Tagar pada pukul 11.30pagi. Laluan kami ke Taman Bunga Raya,MK Land agak mencabar kerana terpaksa melintasi jambatan yang telah runtuh akibat hujan lebat. Kami terpaksa memikul basikal untuk melintasi laluan ini.




Seterusnya laluan off road kelapa sawit sejauh 5km menuju ke MK Land.Kami menghabiskan kayuhan pada pukul 12.45 t/hari sambil  berhenti berehat di gerai makan tepi Tesco Distribution Bukit Beruntung. Ketika ini kami dapat melihat pengayuh-pengayuh besikal giant baru menamatkan kayuhan di bawah sinaran mentari yang terik.




















Tetapi hidangan air sirap bandung memang sungguh menyegarkann.........