Sunday 20 December 2020

PKPP Solo Ride @Genting Sempah - 19 December 2020

Pintu sempadan daerah sudah di buka, sempadan dah boleh direntas, tiada lagi halangan untuk berkayuh tetapi SOP penjarakan perlu dipatuhi. Selain SOP Covid yang perlu dipatuhi, peraturan serta adab berbasikal di jalanraya juga perlu diberikan perhatian. Dengan keadaan yang tengah panas dengan isu pengayuh basikal ketika ini, cuba elakan dengan menambah kecaman masyarakat kepada para pengayuh. Isu yang hangat sekarang ini disebabkan oleh trend berbasikal yang sedang meningkat naik dikalangan rakyat Malaysia tetapi kesedaran tentang keselamatan serta bahaya berbasikal di atas jalanraya hanya dipandang remeh oleh segelintir pengayuh menyebabkan seluruh warga basikal dikecam di media sosial. Bukan setakat kecaman malah makian juga dilemparkan kepada semua pengayuh tanpa mengira latar belakang.

Diharapkan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia basikal, mempelajari sedikit sebanyak peraturan serta kayuhan berhemah semasa di atas jalanraya. Untuk mereka yang sudah lama di dalam sukan ini sepatutnya dapat memberikan teguran dan bukannya menunjukkan adab yang kurang baik. Semasa berkayuh pada pagi ini juga dapat melihat beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan jika berlaku pun akan mengundang kecaman dari pengguna jalanraya yang lain.

Kepada rider-rider bangsawan yang mempunyai ascort car semasa berkayuh, adalah kira eloknya kenderaan pengiring tersebut menunggu di lokasi tertentu dan bukannya mengiringi pengayuh disepanjang laluan. Ini akan menyukarkan pengguna jalanraya yang lain terutama kererta atau lori untuk memotong. Anda bukannya pengayuh Le Tour yang perlu diiring dan diberikan bantuan jika ada kerosakan pada basikal. Yang perlu jika bermasalah, berhenti di tepi jalan yang selamat dan meminta bantuan rakan yang lain. Ada pulak buat aksi lagak ngeri dengan berpaut di kenderaan ascort disebabkan sudah tidak mampu untuk berkayuh. Terdapat jugak pengayuh lain yang terpaksa mengelak daripada dilanggar dan kenderaan lain terpaksa bergerak perlahan sambil cuba-cuba memotong kenderaan pengiring tersebut. Fikir-fikir lah keselamatan orang lain. Jangan fikir diri sendiri sahaja.


Memang sudah lama berhajat untuk berkayuh disini...semenjak PKP lagi....tapi baru nak kayuh balik...Selangor kena PKPB pulak....sekarang dah tukar ke PKPP balik...boleh lah rentas negeri semula...

Berkayuh dalam suasana hujan renyai-renyai disepanjang kayuhan sehingga ke puncak...basah kuyup juga walaupun tak berapa lebat....tapi baju,,,topi,,,dan basikal memang kotor teruk...

Ramai rider yang berhenti rehat di sini...ada yang berpatah balik semula dan ada juga yang meneruskan kayuhan sehingga ke Bentong atau Janda Baik...next time lah kayuh sampai Janda Baik...kali ini sampai di sini jea...sebab ada hal mustahak untuk diselesaikan pada tengahari nanti....

Tak tunggu lama semasa di puncak....beli buah jambu batu dan air limau asam boi dan seterusnya kayuhan turun semula....semasa turun jalan dalam keadaan basah dan licin....lebih berhati-hati semasa turun...walaupun dalam keadaan perlahan....keselamatan perlu diutamakan....

Berhenti bergambar di signage Kampung Kerdas.....dah lama tak bergambar di sini....kayuhan hampir tamat namun cuaca masih lagi hujan renyai-renyai lagi...

Cukup untuk kali ini...lain kali kita kayuh lagi....kepada mereka yang sentiasa berkayuh di atas jalanraya semoga sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling....


Saturday 5 December 2020

PKPB Ride @Bukit Beruntung-Kuala Kubu Bahru - 5 December 2020

Minggu ini kayuhan di sekitar Bukit Beruntung sahaja tidak berkayuh jauh hanya santai sahaja. Route yang dirancang pada kali ini dari Bukit Beruntung menuju ke Rasa-KKB-Ampang Pecah-Batang Kali-Antara Gapi-Serendah-E9 Perodua dan menuju semula ke Bukit Beruntung. Namun disebabkan berlakunya masalah teknikal terpaksa berpatah balik selepas sampai di Ampang Pecah. Ini disebabkan tayar basikal pancit dan rim bengkok apabila terlanggar reflector di tepi jalan. Setelah siap tukar tiup, terus ambil keputusan untuk terus sahaja menuju ke Bukit Beruntung semula. 


Suasana pagi yang cukup menarik namun dugaan datang tanpa diduga....

Laluan Bukit Beruntung-Rasa.....suasana pagi yang menarik pada kali ini....dengan keadaan matahari yang memancarkan cahaya dalam keadaan langit cerah....mendamaikan...

Kayuhan menuju ke persimpangan Sirim-Rasa.....

Macam biasa...bersama Anas.....

Dugaan menimpa...apabila tayar pancit di laluan Ampang Pecah....berhenti lepak tepi jalan dulu sambil menukar tiub yang baru...

Dah lama tak tukar tiub tepi jalan.....

Bocor....last tukar tiub pada bulan Jun hari tuu....tak nampak ada besi tajam...mungkin disebabkan wear & tear pada tiub...

Malang tidak di duga....rim belakang pun bengkok....disebabkan semasa tayar pancit terlanggar reflector dekat tepi jalan...adduuhh...dugaan hari ini....semasa pasang tiub....baru perasaan side wall tayar pun dah koyak....pakai tayar Continental GP5000, tahun ini jea dah 4 kali tukar tayar baru....mengalahkan tukar tayar kereta pulak....nampak sangat dinding side wall GP5000 nie nipis sangat berbanding dengan GP4000. Dulu pakai GP4000, guna sampai 4 tahun baru tukar lain, tapi kali ini GP5000 memang agak mengecewakan... tengah fikir nak pakai tayar lain pulak....

Jadilah untuk mileage kali ini.....nak repair rim dulu...lepas tuu baru nak fikir ride dekat mana minggu depan....

PKPB dah tamat dekat area Hulu Selangor...tukar balik ke PKPP...dah boleh rentas daerah....next ride nak kayuh Genting Sempah pulak...dah lama tak ke sana....