Sunday 20 December 2020

PKPP Solo Ride @Genting Sempah - 19 December 2020

Pintu sempadan daerah sudah di buka, sempadan dah boleh direntas, tiada lagi halangan untuk berkayuh tetapi SOP penjarakan perlu dipatuhi. Selain SOP Covid yang perlu dipatuhi, peraturan serta adab berbasikal di jalanraya juga perlu diberikan perhatian. Dengan keadaan yang tengah panas dengan isu pengayuh basikal ketika ini, cuba elakan dengan menambah kecaman masyarakat kepada para pengayuh. Isu yang hangat sekarang ini disebabkan oleh trend berbasikal yang sedang meningkat naik dikalangan rakyat Malaysia tetapi kesedaran tentang keselamatan serta bahaya berbasikal di atas jalanraya hanya dipandang remeh oleh segelintir pengayuh menyebabkan seluruh warga basikal dikecam di media sosial. Bukan setakat kecaman malah makian juga dilemparkan kepada semua pengayuh tanpa mengira latar belakang.

Diharapkan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia basikal, mempelajari sedikit sebanyak peraturan serta kayuhan berhemah semasa di atas jalanraya. Untuk mereka yang sudah lama di dalam sukan ini sepatutnya dapat memberikan teguran dan bukannya menunjukkan adab yang kurang baik. Semasa berkayuh pada pagi ini juga dapat melihat beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan jika berlaku pun akan mengundang kecaman dari pengguna jalanraya yang lain.

Kepada rider-rider bangsawan yang mempunyai ascort car semasa berkayuh, adalah kira eloknya kenderaan pengiring tersebut menunggu di lokasi tertentu dan bukannya mengiringi pengayuh disepanjang laluan. Ini akan menyukarkan pengguna jalanraya yang lain terutama kererta atau lori untuk memotong. Anda bukannya pengayuh Le Tour yang perlu diiring dan diberikan bantuan jika ada kerosakan pada basikal. Yang perlu jika bermasalah, berhenti di tepi jalan yang selamat dan meminta bantuan rakan yang lain. Ada pulak buat aksi lagak ngeri dengan berpaut di kenderaan ascort disebabkan sudah tidak mampu untuk berkayuh. Terdapat jugak pengayuh lain yang terpaksa mengelak daripada dilanggar dan kenderaan lain terpaksa bergerak perlahan sambil cuba-cuba memotong kenderaan pengiring tersebut. Fikir-fikir lah keselamatan orang lain. Jangan fikir diri sendiri sahaja.


Memang sudah lama berhajat untuk berkayuh disini...semenjak PKP lagi....tapi baru nak kayuh balik...Selangor kena PKPB pulak....sekarang dah tukar ke PKPP balik...boleh lah rentas negeri semula...

Berkayuh dalam suasana hujan renyai-renyai disepanjang kayuhan sehingga ke puncak...basah kuyup juga walaupun tak berapa lebat....tapi baju,,,topi,,,dan basikal memang kotor teruk...

Ramai rider yang berhenti rehat di sini...ada yang berpatah balik semula dan ada juga yang meneruskan kayuhan sehingga ke Bentong atau Janda Baik...next time lah kayuh sampai Janda Baik...kali ini sampai di sini jea...sebab ada hal mustahak untuk diselesaikan pada tengahari nanti....

Tak tunggu lama semasa di puncak....beli buah jambu batu dan air limau asam boi dan seterusnya kayuhan turun semula....semasa turun jalan dalam keadaan basah dan licin....lebih berhati-hati semasa turun...walaupun dalam keadaan perlahan....keselamatan perlu diutamakan....

Berhenti bergambar di signage Kampung Kerdas.....dah lama tak bergambar di sini....kayuhan hampir tamat namun cuaca masih lagi hujan renyai-renyai lagi...

Cukup untuk kali ini...lain kali kita kayuh lagi....kepada mereka yang sentiasa berkayuh di atas jalanraya semoga sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling....


Saturday 5 December 2020

PKPB Ride @Bukit Beruntung-Kuala Kubu Bahru - 5 December 2020

Minggu ini kayuhan di sekitar Bukit Beruntung sahaja tidak berkayuh jauh hanya santai sahaja. Route yang dirancang pada kali ini dari Bukit Beruntung menuju ke Rasa-KKB-Ampang Pecah-Batang Kali-Antara Gapi-Serendah-E9 Perodua dan menuju semula ke Bukit Beruntung. Namun disebabkan berlakunya masalah teknikal terpaksa berpatah balik selepas sampai di Ampang Pecah. Ini disebabkan tayar basikal pancit dan rim bengkok apabila terlanggar reflector di tepi jalan. Setelah siap tukar tiup, terus ambil keputusan untuk terus sahaja menuju ke Bukit Beruntung semula. 


Suasana pagi yang cukup menarik namun dugaan datang tanpa diduga....

Laluan Bukit Beruntung-Rasa.....suasana pagi yang menarik pada kali ini....dengan keadaan matahari yang memancarkan cahaya dalam keadaan langit cerah....mendamaikan...

Kayuhan menuju ke persimpangan Sirim-Rasa.....

Macam biasa...bersama Anas.....

Dugaan menimpa...apabila tayar pancit di laluan Ampang Pecah....berhenti lepak tepi jalan dulu sambil menukar tiub yang baru...

Dah lama tak tukar tiub tepi jalan.....

Bocor....last tukar tiub pada bulan Jun hari tuu....tak nampak ada besi tajam...mungkin disebabkan wear & tear pada tiub...

Malang tidak di duga....rim belakang pun bengkok....disebabkan semasa tayar pancit terlanggar reflector dekat tepi jalan...adduuhh...dugaan hari ini....semasa pasang tiub....baru perasaan side wall tayar pun dah koyak....pakai tayar Continental GP5000, tahun ini jea dah 4 kali tukar tayar baru....mengalahkan tukar tayar kereta pulak....nampak sangat dinding side wall GP5000 nie nipis sangat berbanding dengan GP4000. Dulu pakai GP4000, guna sampai 4 tahun baru tukar lain, tapi kali ini GP5000 memang agak mengecewakan... tengah fikir nak pakai tayar lain pulak....

Jadilah untuk mileage kali ini.....nak repair rim dulu...lepas tuu baru nak fikir ride dekat mana minggu depan....

PKPB dah tamat dekat area Hulu Selangor...tukar balik ke PKPP...dah boleh rentas daerah....next ride nak kayuh Genting Sempah pulak...dah lama tak ke sana....

Monday 23 November 2020

PKPB Offroad Ride @Prima-Sungai Buaya - 22 November 2020

Jika semalam layan road....hari nie layan offroad pulak. Lagi pun musim PKPB nie bukan boleh pergi ke mana-mana pun untuk bawa family jalan-jalan. Oleh itu, kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk berkayuh. Nanti kalau PKPB dah tamat, kena beli jiwa pulak. Satu hari kayuh, satu hari lagi bersama family, baru adil. Keluarga juga perlu diutamakan. Family First. 

Kayuhan pagi ini bermula di Restoran Ali Nas Prima Beruntung bersama geng JiwaBasikal, SCT, Prima, MKCC dan ramai lagi. Sudah lama tidak berkayuh di trek Sungai Buaya ini, banyak laluan sudah berubah menyebabkan tersesat di dalam trail.  

 

Kayuhan ke Sungai Buaya setelah hampir 8 tahun tidak berkayuh di sini....banyak kenangan di sini terutama semasa membuat trail hash bersama KLMBH....

Bersarapan di Restoran Alinas Prima Beruntung....tak sangka dalam kawasan Prima sudah ada restoran... nampak sangat dah lama tak masuk ke kawasan ini....jika dulu kawasan prima merupakan tempat permainan di hujung minggu.... merupakan satu-satunya restoran yang terdapat di kawasan ini...

Berkumpul dulu sambil breifing serta bacaan doa dari Ustaz Roslan sebelum memulakan kayuhan....

Banyak perubahan telah berlaku di kawasan Prima Beruntung nie....tak tahu akan kewujudan taman perumahan baru nie kawasan ini...dah 2 tahun perumahan ini dibina...baru tahu kewujudannya....

Laluan trail ke Sungai Buaya....laluan ini masih lagi kekal seperti dulu....tidak berubah, masih sama...

Sedikit climbing di kawasan ini....laluan semakin lebar...tidak sempit seperti dulu....tetapi masih lagi berpasir serta licin...nasib baik tanah lembab dan basah....

Layan singletrail....

Banyak kenangan di sini....

Menarik laluan singletrail di sini....masih kekal sama....syookkk....

Memasuki Felda Sungai Buaya.....

Dipersimpangan Loji Penapisan Air Sungai Buaya.... banyak kenangan di sini....

Menuju ke puncak pencawang.....laluan mendaki....ada yang menolak dan ada yang mampu berkayuh...

Sampai di atas puncak....di hadapan tuu lagi tinggi....nasib baik tidak kayuh ke situ...dah tentu azab nanti...

Layan.....

Laluan ini baru di buat...jika dulu tiada lagi pencawang di kawasan ini....jaringan cable voltan tinggi ini menuju ke Batang Berjuntai....

Turun dari bukit pencawang....menuju ke kawasan lapang tanaman durian serta pokok kayu gaharu....laluan ini ditutup dengan zink besi menyebabkan kami terpaksa memikul basikal di tepi tebing untuk meneruskan semula kayuhan...

Agak keliru dengan keadaan laluan trail ketika ini...menghantar rider-rider yang kuat untuk recce laluan keluar....nasib baik terserempak dengan pengusaha kebun ini...boleh lah bertanya tentang laluan keluar....sebenarnya tidak jauh tersesat pun....kolam pancing ikan yang terkenal dahulu sebagai port pemancing sudah lama terbiar....menyebabkan laluan sukar dikenalpasti...

Berkumpul semula di kawasan Felda Sungai Buaya sebelum meneruskan semula kayuhan....ada rakan kayuhan lain yang ingin pulang awal dan ada juga yang masih lagi tidak puas untuk berkayuh...

Seramai 9 orang pengayuh daripada 34 orang telah meneruskan kayuhan ke ladang kelapa sawit "WaterFall"...manakala yang lain menuju ke starting point di Restoran Alinas Prima Beruntung....

Anak sungai semasa menuju ke perkampungan orang asli.....berdekatan dengan Bukit Rumput yang merupakan kawasan penanaman sayur-sayuran....namun disebabkan sudah lama tidak masuk ke sini..kami telah tersesat dan tidak menjumpai perkampungan serta bukit rumput tersebut....tidak pasti macam mana boleh tersesat masuk ke dalam ladang sawit....

Setelah puas mencari jalan seterusnya...kami mengambil keputusan untuk berpatah balik apabila mendapati laluan semakin menjauhi Sungai Buaya...berpatah balik ke Felda Sungai Buaya dengan keadaan kehampaan.....laluan di cari tidak ditemui....mungkin lain kali akan berkayuh semula ke sini....

Sampai semula di Felda Sungai Buaya...berhenti rehat di kedai runcit sambil refill semula air.....ada lagi 5km baki sebelum sampai di Prima Beruntung....

Tercapai juga hasrat untuk berkayuh di Sungai Buaya...walaupun matlamat serta objektif kayuhan tidak tercapai....

In Sya Allah.....akan datang semula untuk berkayuh di sini....mungkin bantuan rider-rider tegar dari geng Sungai Buaya diperlukan kali ini bagi menunjukan laluan yang sudah banyak berubah....tunggu di lain waktu...

Saturday 21 November 2020

PKPB Ride @Warung Misteri Tanjung Malim - 21 November 2020

Kayuhan PKPB tanpa rentas negeri ke Warung Misteri Tanjung Malim bermula dari Bukit Beruntung pada minggu ini. Sudah lama merancang untuk berkayuh ke sini semasa musim PKPB ini. Kayuhan santai bermula bersama Anas menuju ke persimpangan Sirim-Rasa sambil bergabung dengan rakan kayuhan yang lain dari Antara Gapi. Bersarapan pagi di Warung Misteri Tanjung Malim dan kemudian berkayuh pulang. Cuaca yang cerah semasa keluar dari rumah rupanya hanya seketika kerana bermandi hujan semasa sampai di Sirim Rasa. Berhenti berteduh dulu di bus stop sehingga hujan kembali reda. Sepanjang kayuhan cuaca mendung dan redup. Memang sesuai untuk berkayuh pada pagi ini. Kayuhan pulang pun dibasahi semula dengan hujan semasa sampai di Bukit Beruntung. Kayuhan bermula seawal jam 7.15pagi dan tamat pada pukul 1 tengahari.


Akhirnya sampai jugak di sini....kayuhan tanpa rentas daerah...masih dalam daerah Hulu Selangor...

Berteduh dulu di bus stop sementara menunggu hujan berhenti...

Selepas hujan berhenti...meneruskan semula kayuhan...cuaca mendung serta berkabus...

Best kayuh hari nie...tak panas...

Menuju ke Tanjung Malim...climbing sebelum sampai ke Kerling....dan juga di Kelumpang...terserempak dengan ramai pengayuh hari nie...

Sampai di simpang masuk Warung Misteri....kalau terus ke depan ada roadblock....kalau nak cross kena ada surat...kalau tak ada nanti abam Polis bagi surat pulak....huhuhuhu...

Check in Warung Misteri.....SOP perlu dipatuhi....MySejahtera kena update...

Sarapan dulu..... bersama Basri...Birthday Boy hari nie....

Makan kuih jea....tak ada selera nak makan nasi....cukup sekadar alas perut jea....


Warung penuh dengan pelanggan.....kebanyakan datang untuk makan nasi kerabu...

On the way balik...singgah Petronas KKB dulu.....lepak dan rehat....

Sampai Bukit Beruntung....tak cukup mileage lagi....layan jalan E9 Perodua pulak....time ni hujan dah mula turun balik....kayuh dalam hujan...

Sunyi jea kilang nie....maklumlah musim Covid nie....industri penerbangan merundum dengan teruk....banyak kilang-kilang aerospace yang terjejas sama....harap-harap tahun depan akan kembali semula seperti sedia kala....

Alhamdullilah...dapat jugak 3 angka.....yang penting kayuh untuk kesihatan...

Esok nak kayuh offroad pulak....nak main lumpur dekat Sungai Buaya pulak....dah lama tak layan trek offroad dekat sini...rindu sangat nak berkayuh di sini....