Monday 25 February 2013

Fearless MTB Jamboree 2013 - 24 February 2013

Fearless MTB Jamboree telah berlangsung di Taman Meru Jaya,Ipoh dan telah disertai oleh seramai lebih kurang 800 orang peserta. "Fearless" yang sememangnya "tidak gentar" atau "tidak takut" untuk menyertainya tetapi menjadi "gentar" dan "terlalu takut" apabila sudah menyertainya. Harap-harap perasaan "fear" ini tidak akan merebak ke seluruh negeri Perak kerana masih ramai lagi yang berjaya menganjurkan jamboree dengan kesungguhan dan kejayaan...


"Plate Number" macam ini pun sudah cukup untuk menunjukkan kesungguhan penganjur untuk menjayakan jamboree nie...

Bersama Fairuz Mastana....datang dari jauh semata-mata untuk berkayuh di Ipoh....

Peserta di garisan permulaan....tapi tak nampak pun apa-apa garisan, yang ada hanya batang kayu serta banner yang telah tumbang menyembah bumi....


Kayuhan bermula pada pukul 8 pagi...laluan road lebih kurang 12km...

Offroad landai di kawasan tanaman sayur...

Climbing....

Melepasi Check Point 3.....

Climbing....



Sedikit pendakian...

Yang tak larat tolak...yang kuat kayuh....



Tak ramai peserta melalui laluan ini... yang lain mengambil jalan pintas dengan memutuskan "ribbon tape" untuk laluan lebih mudah....marshall pun tak tunggu kat sini....

Memasuki kawasan hutan simpan... 


Laluan singletrek yang menarik...

Berjaya menamatkan kayuhan...


Bergambar bersama rakan dari Ipoh...

Puncak paling tinggi...428.3ft..

Jarak keseluruhan sejauh 33Km sahaja walaupun diberitahu sejauh 45Km...


Monday 18 February 2013

Trek Interchange Sg.Buaya - 17 February 2013

Minggu ini kayuhan bersama Sungai Buaya Cycling Club (SBCC) di laluan Interchange Sungai Buaya yang masih lagi di dalam pembinaan. Serama lebih kurang 18 orang pengayuh menyahut cabaran pada kali ini. Tujuan utama kayuhan kali ini adalah untuk mendaki bukit pencawang bersebelahan dengan highway PLUS. Kayuhan di pencawang ini memang telah dirancang sejak tahun lepas lagi dan hanya kali ini segala perancangan tercapai. Selepas ini mungkin akan ada lagi kayuhan di laluan ini untuk merasai downhill yang mengujakan....


Bergambar di Plaza Tol Sungai Buaya yang masih dalam pembinaan....

Laluan masuk ke kawasan pembinaan....

Laluan berlumpur dan lecah disebabkan hujan lebat yang turun...



Bukit yang akan di daki sambil menolak...


Highway PLUS....


Pendakian bermula....


Woow... tinggi sangat... tolak jea laa...ini kalau downhill memang best...

Menuju puncak....




Sampai jugak di puncak....


Downhill turun dan menuju ke Bukit Terbakar....






Sunday 10 February 2013

Kayuhan CNY @RRI & KDCF - 10 February 2013

Kayuhan minggu ini di Rubber Research Institute (RRI), Sungai Buloh bersama Kaki Tua Riders (KTR) dan Sungai Buloh Old Town (SBOT). Seramai 7 orang saja yang berkayuh pada pagi ini, sebab ramai rakan-rakan yang bercuti serta balik kampung sempena cuti panjang pada kali ini. Berkumpul di Petronas Tropicana dan tayar bergolek pada pukul 8.30 pagi.

Setelah melayan trek ladang getah sambil digigit nyamuk serta terlanggar getah yang baru ditoreh, layan singletrek teknikal pulak di Scout Trail @ Kota Damansara Community Forest (KDCF). Singletrek yang memang syok untuk dilayan dan banyak perubahan telah dilalukan jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan di Petronas Tropicana....
(PRCC-KTR-SBOT)


Off road bermula....layan kayuhan bersama nyamuk... biasalah trek RRI memang banyak nyamuk...

Menyusuri tasik tadahan Subang....




Climbing... menara radar

Stesen Meteorologi Radar Subang...macam bola gergasi pulak..

Relax....


Layan downhill pulak...


Woow.... syok wooo......

Layan.....





Selesai trek RRI....

Alamak.... chicken loop ke????

Tak puas...... layan KDCF singletrek pulak....


Fuyyyoo.... take five dulu.... sebelum downhill, kena layan uphill dulu...

Tanda arah... pastikan tak sesat di dalam denai...


Relax dulu.... letih tuu... banyak shot climbing di celah-celah pokok...

Muka puas...atau muka letih???

Banyak syook.... layan downhill singletrek teknikal pulak.... trek dah banyak perubahan berbanding dulu....lagi hebat dan syook untuk di layan...

Ending.....total distance hanya 4 km saja tapi letih macam 40km...