Wednesday 13 June 2018

Bermusafir di Bumi Changsha - 2~8-June 2018

Bulan Ramadhan kali ini terpaksa bermusafir di Bumi Changsha, China atas urusan kerja walaupun terpaksa beribadah puasa di negara orang. Tuntutan agama masih terus diutamakan walaupun berada jauh di tanahair. Jika tahun lepas bermusafir di Kathmandu, Nepal atas urusan kerja juga, kali ini tidak berasa sukar sangat. Terdapat sebuah kedai makanan halal yang menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Peluang disana digunakan untuk berlari sambil melihat persekitaran serta suasana di sana. Berlari dalam suhu 19~22 degree tidak menjadi satu kesukaran walaupun dalam keadaan berpuasa. Suhu yang agak dingin memberikan kesegaran untuk berlari walaupun tidak menggunakan sepenuh tenaga yang ada.


Suasana dipersekitaran hotel....sunyi dan tenang...

Hotel terletak di kawasan perindustrian...dikelilingi oleh kilang perusahaan makanan serta pembuatan...

Pagi hujung minggu...jalan masih lenggang....tidak banyak kenderaan yang lalu-lalang...

Suhu 22 degree memang sesuai untuk berlari....

Shop lot kedai....masih tutup....masih awal pagi lagi walaupun sudah terang...

Rumah penduduk hanya terdiri daripada rumah apartment sahaja....tak jumpa pun rumah teres atas tanah...


Laluan pejalan kaki yang dikhaskan untuk berjogging.... sekali-sekala terserempak dengan penduduk di sini yang sedang berjogging...tetapi kebanyakannya warga tua...

Shop lot kedai.....terdapat satu kedai halal di sini.... senang sikit untuk mencari makanan...

Seperti OBike di Malaysia...di sana ada Hello Bike....

Hotel penginapan...dimiliki oleh sebuah syarikat gergasi di sini...

Jadi lah....dapat 8km berlari di kawasan sekitar....

Jalan-jalan di Orange Island....letih berjalan sebab berpuasa....

Bandar Changsha....


Batu yang mempunyai pesanan kepada penduduk Changsha oleh Mao Zedong....

Patung Mao Zedong di bahagian hujung pulau....

Dalam proses baik pulih....

Berjalan sejauh lebih kurang 8km disekeliling pulau....pulau ini bukan pulau buatan tetapi terbentuk di tengah-tengah sungai Xiangjiang..

Berbuka puasa di Restoran Muslim di bandar Changsha....

Roti Naan....menyelerakan....

Bukan hanya orang Muslim sahaja yang makan di sini, terdapat juga ramai yang bukan beragama Islam juga makanan disini....makanan lazat lain daripada yang lain...

Daging kambing bakar.....

Roti berintikan daging kambing....

Lazat.....

Berpeluang untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawikh di Masjid South Gate berhampiran dengan Stadium Olimpik Helong...

Penduduk Islam minoriti di China....

Bersyukur dapat bersolat disini....memang berhajat sangat untuk menunaikan solat jemaah dengan penduduk di sini...

Dapat juga bertegur sapa dengan penduduk di sini...

Solat Sunat Tarawikh.....

Berlari di pagi sebelum balik ke Malaysia...

Suasana di pagi Jumaat....agak sibuk jika dibandingkan dengan hujung minggu....

Lorong basikal disediakan....

Sekolah....

Bangunan yang dalam pembinaan....segelap penjuru kawasan ini terlibat dengan pembinaan, tidak kira apartment atau pun kilang...

Tenang....serta nyaman

Selamat tinggal Changsha...jika ada rezeki datang lagi....dugaan berpuasa di tempat orang akhirnya berjaya ditempuhi....alhamdullilah...