Monday 31 August 2020

Kayuhan Merdeka 2020 @Hulu Selangor - 30 August 2020

Kayuhan di ambang merdeka yang bermula dari Taman Keruing Rasa menuju ke Kuala Kubu Bahru. Kayuhan anjuran Kayuhan Sihat Rasa dengan kerjasama dari pihak Polis, Bomba, MDHS, ATM dan Rela. Seramai 200 orang pengayuh dari sekitar telah berkayuh pada malam ini. SOP PKPP hanya menghadkan seramai 200 sahaja.

Kayuhan bermula tepat jam 9.45 malam dan flag off telah dilakukan oleh YDP MDHS. Terlambat sampai di starting point dan peserta telah dilepaskan. Bersiap dengan pantas setelah sampai di parking kereta dan cuba mengejar peserta di belakang. Check point di hadapan masjid KKB sambil minum dan makan pisang. Kayuhan pulang melalui Ampang Pecah dan sampai semula di finishing line pada pukul 11.10 malam. Kayuhan santai sambil menikmati suasana malam. Kayuhan kali ini bersama Babat Jr. @Danish Aiman yang pertama kali berkayuh malam.


Bersama Babat Jr. @Danish kali ini, first time berkayuh malam...excited sangat nampaknya.....mengejar peserta di belakang setelah lambat bermula setelah peserta dilepaskan....

Di hadapan Sirim Rasa...menuju ke persimpangan Rasa-KKB.....laluan dikawal oleh marshall dengan bantuan pihak Polis...

Sampai di persimpangan jalan Rasa-KKB.....Danish minta berhenti untuk adjust seatpost....ketika ini dapat memotong peserta di belakang...

Hampir sampai di KKB...berada di persimpangan jalan KKB....

Petronas KKB....pagi tadi time berkayuh lepak dekat sini untuk bersarapan pagi...

Sampai di Check Point.....hadapan masjid KKB....ramai peserta sudah sampai ketika ini...layan lepak sambil minum dan makan pisang....

Mileage baru jea 10Km.... refill air dulu sambil makan pisang....

Muka boleh senyum lagi...kira ok lah tuu....

Anas berkayuh bersama anaknya jugak....

Ok....rehat dah habis....ada baki kayuhan lagi yang perlu dihabiskan....muka nampak masih bertenaga...nak kayuh di bahagian hadapan katanya....nak kayuh belakang Hilux Marshall....

Berkayuh di hadapan Balai Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bahru...melalui jalan Ampang Pecah.... jalan tak sesak dengan kenderaan...

Speed limit di kawal oleh kereta marshall.....tak boleh nak speed sangat...maintain jea...

Pak Hassan....dah lama tak berkayuh bersama-sama....akhirnya berjumpa jua....sempat berborak-borak sambil berkayuh....

Terpaksa mengejar anak di bahagian hadapan...laju sangat....excited lebih sangat...maklumlah tak pernah berkayuh dalam event yang sebegini...kalau dulu pun penah berkayuh di Lekas Highway jea...

Kayuhan menuju semula ke finishing line di Taman Keruing.....

Akhirnya sampai di garisan penamat pada pukul 11.10 malam....mulut penuh dengan pau kaya yang diberikan oleh penganjur....ada air 100 Plus...air milo dan banyak lagi....sayur bayam, sawi dan kangkung juga diberikan secara percuma....

Selepas makan....terus balik ke rumah....disebabkan pagi esok nak hantar anak perempuan balik ke asrama....nak balik tidur awal...esok nak bangun awal pagi....acara masih berlangsung sambil menunggu detik 12 tengah malam untuk acara bunga api....
meninggalkan lokasi pada pukul 11.30 malam tak sebarang hadiah lucky draw....tak luck malam nie...

Jarak hanya 21km jea.....anak tak puas kayuh katanya...nak mileage sampai 30km katanya....minta register untuk event basikal pada masa akan datang...tapi untuk tahun ini, tak ada event basikal disebabkan Covid-19....mungkin tahun depan boleh register...

Kayuhan sekitar pekan KKB.....dah lama tak berkayuh dalam suasana malam....sekali-sekala kena kumpul geng-geng Prima Riders untuk berkayuh.....semoga masih ada lagi yang aktif untuk berkayuh walaupun pun ada yang dah gantung basikal...

Sunday 30 August 2020

Solo Ride @Loop Bukit Beruntung - 30 August 2020

 Kayuhan solo mengelilingi Bukit Beruntung dengan bermula dari Bukit Sentosa menuju HQ Perodua-Sungai Choh-Serendah-Antara Gapi-Batang Kali-Ampang Pecah-KKB-Rasa-Bukit Beruntung. Jarak kayuhan sejauh 65km sahaja. Ingatkan boleh dapat 80Km mileage untuk ride kali ini, namun hanya 65Km sahaja. Tak ramai terserempak dengan ride pagi ini, mungkin ramai yang bercuti bersama keluarga. Hanya berselisih dengan 3 atau 4 orang pengayuh sahaja. Cuaca pada pagi ini agak cerah serta panas.


Jadilah untuk kayuhan kali ini.....kena banyak training lagi...

Laluan menuju ke Petronas KKB yang baru....berhenti lepak di sini...setelah berkayuh sejauh 40Km tanpa henti...

Mandi peluh pagi ini....

Jentera lama yang masih lagi berkhidmat....belum ada plan lagi nak tukar basikal baru...maintain apa yang ada jea...

Di awal pagi di stesen minyak Petronas....lenggang lagi...mungkin hari masih awal lagi...

Tengah lepak bersarapan pagi dengan roti jagung dan air coklat....datang kucing yang sedang kelaparan....bagi roti pun dia makan jugak...

Ingatkan kucing jea yang lapar...anjing ini pun lapar jugak...bagi roti pun dia makan jugak...nampak lapar sangat...

On the way balik...singgah sekejap di Tasik Widuri....melihat apa yang menarik di sini....ada aktiviti sukan air di sini...terdapat perkhidmatan untuk berkayak kepada penggunjung....boat juga disediakan untuk mengelilingi tasik ini...

Nak bersarapan pagi pun boleh disini....ada gerai untuk bersarapan sambil bersantai di tepi tasik.... 

Next time boleh cuba sukan air di sini...nampak menarik...

Balik dulu...hari dah panas....


Cukuplah dapat 65Km jea.....next time kasi up mileage lagi....

Next ride.....nak kayuh di Titi Peres pulak....dah lama sangat tak berkayuh di sana....

Sunday 23 August 2020

Solo Ride Mencari Stamina @BB-Sg.Chilling - 23 August 2020

 Hampir 2 bulan tidak berkayuh basikal akibat kecederaan pada lutut, namun minggu ini digagahkan juga untuk berkayuh dari Bukit Beruntung sehingga ke Sungai Chilling. Kayuhan santai sambil mengembalikan semula stamina setelah lama berehat. Cuaca mendung di awal pagi namun agak panas ketika tengahari. Walaupun terdapat rakan kayuhan yang mengajak untuk berkayuh ke puncak Fraser Hill, atas faktor kurang latihan terpaksa menolak pelawaan tersebut bagi mengelakkan kesengsaraan serta keazaban ketika mendaki nanti.

Kayuhan bermula seawal jam 7.20 pagi disebabkan terdapat hal penting untuk dilakukan lepas Zohor nanti dan kayuhan perlu dihabiskan awal. Ramai rakan kayuhan yang berkayuh ke Fraser Hill pada pagi ini. Meriah suasana semasa berkayuh.


Semasa di Sungai Chilling....rakan lain meneruskan kayuhan sehingga puncak Fraser....manakala aku berpatah balik menuju ke Bukit Beruntung....lain kali lah naik Fraser Hill....minggu ini tak bersedia lagi...stamina masih lagi teruk...


Port biasa....di persimpangan Rasa-KKB...lepak rehat dulu....letih melayan roller coaster...tercunggap-cunggap dibuatnya...

Tak banyak kenderaan pada pagi ini.....

Tunggu keretapi lalu...tapi tak lalu-lalu pun.....

Berjumpa dengan Basri serta Man Gapi & the geng di Pekan KKB.....dia orang menuju ke Fraser Hill...laju-laju dia orang nie...tak terkejar dibuatnya...

Pintu masuk Empangan Kuala Kubu Baru...penat setelah melayan climbing...lepak rehat dulu...nak putus nyawa nie....

Zip baju pun dah buka......nampak sangat dah pewaiii.....baraiii.....

Lepak rehat dulu.....

Basri...muka macam tak letih pun....maklumlah tiap-tiap minggu training....

Lepak dekat gerai Sungai Chilling...parking kereta penuh walaupun kawasan perkelahan di Sungai Chilling masih lagi ditutup untuk orang ramai....ramai yang mandi di sungai berhampiran dengan empangan....

Minum-minum dulu....

Berpisah di sini....setelah bersarapan pagi dengan air 3 In 1 Mocha panas dengan burger ayam....perut memang dah lapar....kayuhan balik pasti lebih sengsara disebabkan hari sudah panas....

Jambatan Pertak.....ramai lepak di atas jambatan ini sambil memancing.....

Paras air di empangan masih lagi maksimum.....syukur alhamdullilah....hujan yang kerap turun sejak akhir-akhir nie....cukup sekadar kali ini.....next week kayuh lagi....harap-harap lutut semakin pulih...

Monday 10 August 2020

Hiking Bukit Keluang Besut Terengganu - 8 August 2020

Bukit Keluang terletak di dalam daerah Besut, Terengganu serta mempunyai ketinggian lebih kurang 300 meter dari aras laut. Kawasan ini terkenal disebabkan oleh pemandangan laut yang terbentang serta panorama yang sungguh cantik. Kawasan tebing tinggi yang curam dengan pemandangan mengadap Laut China Selatan sememangnya cukup memukau. Tetapi sebelum menikmati pemandangan tersebut perlulah mendaki bukit ini dengan keadaan tanah serta tebing yang curam serta pacak. Disepanjang laluan yang curam disediakan tali bagi memudahkan pendakian. 

Pendakain bermula lewat pada pukul 2 petang, disebabkan jarak perjalanan yang jauh dari Bukit Beruntung. Lagi pun di awal pagi singgah dulu di Kuala Terengganu untuk bersarapan pagi di gerai Nasi Dagang Atas Tol dulu dan kemudian bergambar di jambatan angkat dan seterusnya lepak disana untuk bergambar.

Dari tempat parking kereta, perlu berjalan sejauh lebih kurang 1km sebelum memulakan pendakian ke bukit ini.
Trailhead sebelum memulakan pendakian....terdapat signboard "Bukit Keluang" sebelum memasuki laluan trail.
Awal-awal dah mula mendaki...tak bagi peluang untuk menarik nafas..terus mencanak mendaki...tapi nasib baik ada tali untuk berpaut....senang sikit nak mendaki...jika hari hujan, pasti laluan mendaki menjadi semakin sukar....keadaan cuaca yang panas ketika ini menyebabkan tanah menjadi kering serta berdebu
Anak yang ingin mencuba untuk mendaki buat pertama kali... pewai teruk nampaknya...
Dahaga....lencun berpeluh...maklumlah pertama kali mendaki...kena pulak bukit pacak menegak....mandi peluh dibuatnya...
Jarak ke atas puncak tidak lah terlalu tinggi...tetapi kepada mereka yang baru ingin mencuba...ini merupakan pengalaman yang amat memeritkan....kepada mereka yang selalu hiking...bukit ini adalah santai sahaja...

Pewai teruk dah time nie...tapi masih boleh tersenyum tuu dah kira ok dah....

Ini reward yang dapat apabila sampai di puncak...pemandangan yang cukup menarik dengan laut yang terbentang luas serta kelihatan pulau-pulau disekitar perairan Terengganu...
Kelihatan juga...bot-bot nelayan persisir pantai yang sedang menangkap ikan....walaupun dengan terik mentari ketika ini...maklumlah pukul 2 petang baru start mendaki....orang pun tak ada dah ketika ini di puncak...hanya kami berempat sahaja bersama 3 kanak-kanak yang mendaki bersama-sama....
Bergambar dulu di tepi tebing....kena berhati-hati disebabkan tebing yang curam...jika tergelincir, confirm terus jatuh ke dalam laut...itu pun kalau tak tersangkut kat atas pokok....dengan keadaan tanah yang berpasir serta kering...memang perlu berhati-hati...tidak semua kawasan diletakan palang besi bagi mengelakkan orang ramai untuk turun ke tebing....

Rugi kalau dah sampai disini tetapi tidak bergambar di tiang ini.....trademark untuk Bukit Keluang ini.... bergambar dulu walaupun dalam keadaan panas terik serta tidak berangin ketika ini....
Cuaca agak panas....dengan tiada tiupan angin dari laut....memang terasa bahang ketika ini...
Signboard apabila sampai di puncak....ketinggian 396 MDAL tapi jam Garmin hanya menunjukkan ketinggian sekitar 131 meter dari aras laut...tak pasti mana yang betul...
Layan pemandangan dulu....dekat atas puncak ada pondok jika hendak berehat...tidak tunggu lama sangat disebabkan cuaca yang panas terik ketika ini....
Semasa turun....anak cakap letih dan panas....dekat kawasan ini ada tiupan angin sikit....lepak dulu untuk menyejukan peluh sebelum meneruskan untuk turun...
Turun pun agak mencabar jugak....laluan yang curam serta licin berpasir...kena lebih berhati-hati sambil turun memegang tali yang disediakan...
Pacak sangat....kepada meraka yang tidak biasa...situasi ini memang cukup azab.....memang curam bukit ini....jika naik dari arah pantai, maka akan mendaki dikawasan ini untuk sampai ke puncak....lebih baik naik dari laluan disebelah belakang bukit dan turun melalui kawasan ini...jika mendaki di kawasan ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke puncak disebabkan laluannya yang agak sukar....
Dah nak sampai dah.....anak dan wife dah tak sabar lagi sebab lutut dah sakit....maklumlah baru berjinak-jinak untuk hiking....anak perempuan cakap, dah serik dah nak naik bukit lain kali...ini semua dugaan....
Last sekali...menuruni anak tangga yang agak curam...kena berhati-hati, jika tersadung alamatnya tergolek hingga ke bawah lah nampaknya...time nie memang dah letih, selalunya akan hilang fokus...
Muka dah barai tapi masih cuba nak senyum....
Sampai jea dekat bawah...terus cari gerai air...memang dahaga sangat sebab cuaca panas dan kering...maklumlah dekat tepi laut, memang panas pun...
Elevation sampai kepuncak lebih kurang 144 meter sahaja....tak tinggi tapi tetap meletihkan....tapi ganjarannya memang superb....

Laluan loop ke puncak Bukit Keluang..gunakan laluan dari belakang lebih mudah berbanding jika naik dari arah pantai....climbingnya cukup memenatkan dan mencabar,,,,