Sunday 30 April 2017

Janamanjung Fellowship Ride (110Km) - 30 April 2017

Penyertaan kali ke-4 di Janamanjung Fellowship Ride semenjak tahun 2014. Hanya kali ini terdapat kelainan apabila ia diadakan bukan di dalam Stesen Janakuasa Janamanjung sebaliknya di kawasan peranginan Teluk Batik. Penyertaan kali ini juga kelihatan agak berkurangan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Mungkin faktor masa kerana terdapat banyak event-event yang besar pada hari yang sama. Namun begitu kemeriahan masih tetap dirasakan.

Pelepasan dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan jarak kayuhan sejauh 110km dengan meliputi kawasan sekitar seperti di Pantai Remis, Air Tawar, Beruas dan seterusnya ke Teluk Batik. Seramai 1,012 orang yang mendaftar pada kali ini.

Penyertaan kali ke-4 berturut-turut semenjak tahun 2014...

Berkumpulan di garisan permulaan seawal jam 6.40 pagi dan pelepasan dilakukan pada pukul 7.30 pagi...pada kebiasaannya ia dilepaskan pada pukul 7 pagi, mungkin faktor jarak yang berkurangan maka masa pelepasan dilambatkan....


Solo jea pagi ini....

Flag off.....menuju ke Pantai Remis...

Sampai di Water Station yang pertama....

Dewan Orang Ramai...Kampung Matang Acheh...

Berehat selama lebih kurang 30 minit sebelum memulakan semula kayuhan...


Baru 50km....masih ada baki lagi 60km....

Kayuhan akan bersambung semula....namun masih menunggu last rider sampai di Water Station dulu...

Antara rider yang baru sampai...respect dengan uncle ini...basikal biasa sahaja, namun berkayuh sehingga ke garisan penamat...tak perlu basikal yang mahal-mahal jika kita ingin menjaga kesihatan...

Water Station yang kedua...di sini juga berihat selama lebih kurang 30 minit...

Jarak sudah 80km...hanya tinggal baki 30km sahaja...marshall bagi tahu, selepas ini rider akan dilepaskan mengikut kelajuan masing-masing...follow pace masing-masing mengikut kemampuan...

Cuaca dah mula panas ketika ini...terik sangat...

Berjaya juga sampai di garisan penamat....koleksi medal yang ke-4 untuk Janamanjung...


Dari dulu sehingga sekarang...medal Janamanjung memang mantap dan bersaiz besar...antara koleksi medal terbaik untuk tahun ini...

Syukur....alhamdullilah....

Jarak sejauh 110km yang landai serta kurang berbukit....namun permukaan jalan agak teruk disebabkan keadaan jalan tar yang merekah, pecah serta berlubang....

Wednesday 26 April 2017

Hiking Denai 3 Puteri bersama Babat Jr. - 24 April 2017

Cuti umum sempena Pertabalan Agong Sultan Mohammad V kali ini diambil kesempatan untuk mendaki di Denai 3 Puteri Kota Damansara Community Forest (KDFC). Sememangnya sudah lama berhajat untuk mendaki di sana, namun peluang pada kali ini tidak dipersiakan bersama anak bujangku dan Basri yang turut membawa anak bujangnya sekali untuk mendaki bersama.  

Bermula lewat jam 9.45 pagi dengan keadaan parking kereta penuh disepanjang jalan sehingga lah ke main road. Ramai hiker hari ini terutama di atas puncak Denai 3 Puteri.

Sampai di puncak Denai 3 Puteri pada pukul 11.35 pagi....

  
Hutan Simpan Kota Damansara merupakan salah satu tempat beriadah warga kota di hujung minggu...ramai orang pada hari ini, maklumlah cuti umum...

Antara trail yang terdapat di kawasan ini....signage disetiap simpang di dalam trail untuk membantu para hiker yang pertama kali datang ke sini...

Pendakian bermula....landai di permulaan dan pacak sebelum sampai ke puncak...


Laluan yang di lalui.....Scout Trail-Temuan Trail-Sahabat Trail-Unity Trail-Denai 3 Puteri....

Muka masih lagi boleh tersenyup...walaupun dah mula menggeluh nak balik....

Lepak rehat dulu....

Simpang sebelum masuk ke Denai 3 Puteri....jika terus akan sampai ke Harmony Trail....

Danish dan Haikal....walaupun letih, pendakian mesti diteruskan...

1km lagi sebelum sampai ke puncak....1km dalam trail boleh dikatakan jauh jika dibandingkan dengan laluan road....

Pendakian semakin mencabar.....laluan semakin curam...kaki semakin letih...nafas semakin pendek...

Adduhh.....teruk dah pewwaii nie....dah mintak nak tunggu kat sini, suruh ayah dia jea yang naik sampai ke puncak... bagi rehat dulu sebelum pujuk untuk teruskan pendakian...tak sampai 200m lagi nak sampai puncak...

Sampai jua akhirnya di atas puncak....

Sayup mata memandang....

Highway PLUS.....

Layan view..walaupun cuaca nampak macam nak mendung...menandakan hujan akan turun...

Selesa dapat baring di atas puncak....mintak nak tidur katanya...

Bergerak turun pada pukul 12.12 tengahari....hari macam dah gelap nak hujan...

Hujan turun renyai-renyai semasa turun.....keadaan trail menjadi gelap dan samar-samar sehingga tersasar dari laluan trek semasa turun.... terdapat 2 group yang tersalah laluan namun berjaya keluar akhirnya...

Berjaya sampai....alhamdullilah...

Baru muka ada senyum....kalau tak..masam jea masa dalam trail....

Dapat reward....lunch dekat Restoran Subaidah Kota Damansara....perut lapar gile.. bersemangat Danish makan....masa makan, bila tanya, bila lagi nak repeat.... muka ada senyum jea...tanda nak kena repeat lagi nie....

Monday 24 April 2017

KKB Dam Easy Ride - 23 April 2017

Setelah sekian lama tidak berkayuh basikal, minggu ini kayuhan santai ke Empangan Kuala Kubu Bahru sebagai persediaan untuk kayuhan Janamanjung Fellowship Ride pada minggu hadapan. Kayuhan bermula di Bukit Beruntung menuju ke Sirim Rasa dan berhenti rehat sambil menunggu Basri yang berkayuh dari Antara Gapi.

Kayuhan melalui kawasan Ampang Pecah dan kemudiannya berhenti untuk sarapan pagi di pekan Kuala Kubu Bahru sebelum meneruskan kayuhan menuju ke Empangan KKB. Cuaca hari ini mendung dan sedikit berangin dan sememangnya sesuai untuk berkayuh.


Berhenti rehat di jambatan di persimpangan jalan KKB....

Tak sah kalau tak berhenti rehat di sini sambil memerhatikan keretapi yang lalu... 

Selfie dulu....Basri belum sampai lagi....

Lenggang....tanpa kereta yang lalu-lalang...

Keretapi ETS menuju ke Ipoh....bila agaknya nak merasa menaiki keretapi ini sambil membawa basikal...perancangan ke Ipoh masih lagi tertangguh disebabkan kekangan masa dan kerjaya...

Berdua bersama Basri....

Layan santai sambil menikmati suasana pagi....

Lepak sarapan pagi dulu....

Sampai di Dam KKB.....

Tempat bergambar....tak sah kalau dah sampai ke sini tak bergambar dulu....


Alhamdullilah....tadahan air di empangan penuh...nikmat hujan yang kerap turun sejak kebelakangan ini...

Jika empat bulan dulu air di empangan agak surut disebabkan cuaca panas tanpa hujan, namun kali ini sudah berubah....syukur...

Bergambar dulu sebelum balik...

Suasana damai dan menyegarkan....nampak tenang melihat kebesaran Illahi...

Bekalan ke Janamanjung minggu depan....harap-harap tak pewaii nanti...

 
Punck tertinggi ketika mendaki Empangan KKB....