Di awal perjalanan semuanya berjalan lancar dengan menunaikan solat subuh di Masjid Batang Kali sebelum menuju ke Goh Tong Jaya. Sampai di Goh Tong Jaya pada pukul 6.55 pagi sambil menunggu rakan-rakan lain yang masih belum tiba. Seramai 21 orang menyertai hiking pada kali ini dan kami bermula di kawasan berhampiran kuari di Goh Tong Jaya. Namun nasib tidak menyebelahi kami apabila di serang hendap oleh Polis Bantu Genting semasa kami ingin memulakan pendakian. Setelah sejam berbincang, kebenaran tidak diberikan dan akhirnya kami akur dengan keputusan tidak membenarkan kami mendaki disebabkan ketiadaan permit kebenaran dari pihak Genting Highland.
Plan B terpaksa dirancang dan akhirnya kami sebulat suara bersetuju untuk mendaki Gunung Ulu Semangkok di Fraser Hill. Perjalanan dari Goh Tong Jaya menuju ke Gap Fraser Hill selama lebih kurang 1 jam 10 minit. Kami sampai di Gap pada pukul 10.10 pagi dan terus bersiap sedia untuk memulakan pendakian. Pendakian berjaya sampai ke puncak sebelum pukul 1 tengahari dan kami sempat turun semula sebelum hujan lebat mulai turun.
Bergambar beramai-ramai di atas puncak Gunung Ulu Semangkok.... rakan-rakan yang ceria dan sporting...
Memasuki laluan ke Gunung Bunga Buah Genting Highland....
Ceria sahaja walaupun berada dalam keadaan genting....diserang hendap secara mengejut oleh pihak Polis Bantuan Genting Highland....
Wakil kami bersama 3 anggota Polis Bantuan Genting sedang berbincang...namun kebenaran tidak diberikan...
Akhirnya sampai di Gap Fraser Hill sebelum memulakan pendakian...
Pendakian bermula pada pukul 10.25 pagi....
Awal-awal dah pacak.....Basri dengan tongkat saktinya....
Ceria...walaupun keletihan....
Laluan licin dan basah akibat hujan yang turun....
Hutan agak tebal namun sekali-sekala angin bertiup dengan nyaman dan segar....
Pendakian yang mencabar fizikal....
Woow....mandi peluh...
Afitz...selamba jea....caya lah Ultra Gopeng....
Sampai di puncak Gap Ulu Semangkok....pendakian selama lebih kurang sejam...
Layan view dulu sebelum meneruskan pendakian....
Bergambar dulu....
Batu penanda...Gunung Gap 1183m....
Signage "Waghih Hikers Derhaka" memang selalu ditemui di atas puncak gunung....
Josh...terbaik....
Kawasan tanah runtuh di laluan trek sebelum sampai ke puncak...
Hutan Ulu Tranum....
Sayup kelihatan....kawasan tadahan air Empangan KKB.....
Pendakian yang terakhir....pacak sebelum sampai ke puncak....
Segala keletihan dan kepenatan akhirnya terbayar jua apabila sampai di puncak Gunung Ulu Semangkok....
Berasa puas.....
Beirut di atas puncak gunung....
Masak makanan tengahari....masing-masing mengeluarkan bekalan makanan bagi mengalas perut yang sememangnya lapar....
Pelbagai makanan di bawa....ada telur masin, sambal pedas ikan bilis, nasi impit, kuih tat, sambal sardin dan macam-macam lagi....
Berkibar bersama Jalur Gemilang....
Jalur Gemilang.....berkibar megah di atas puncak Gunung Ulu Semangkok....
Berasa puas hati walaupun ini bukan perancangan yang asal....namum setiap sesuatu pasti ada hikmahnya....
Pemandangan yang menarik....cukup indah dan kagum melihat kebesaran Illahi....
Bergambar di Mini Mossy....ala-ala Mossy di Gunung Irau....
Sungguh nyaman di kawasan ini...
2.45 petang....mulai turun dari puncak....cuaca semakin gelap dan guruh sudah berdentum di langit menandakan hari mahu hujan....
Akhirnya berjaya sampai sebelum hujan turun dengan lebatnya...
Rakan-rakan yang sudah sampai....
Semuanya selamat sampai....alhamdullilah...
No comments:
Post a Comment