Macam biasa, laluan di Janda Baik banyak pendakian yang pendek tetapi memenatkan. Laluan bermula di Genting Sempah sehingga ke simpang Janda Baik adalah santai kerana menuruni bukit. Namun pendakian pacak bermula dari simpang Janda Baik sehinggalah ke kilang Elektriksola. Laluan loop di Janda Baik berbentuk roller coaster dan kadang-kadang sedikit landai.
Sampai di puncak Genting Sempah....berehat dulu sambil makan buah dan minum air jus kurma....
Ramai rider yang melepak dulu di sini sebelum meneruskan semula kayuhan....ada yang berpatah balik...
Roundabout Genting Sempah....
Berselfie dulu sebelum menuju ke Janda Baik....cuaca dah mula panas...
Tiada gambar di Janda Baik...lagi pun tak berhenti lama di sana, hanya berhenti untuk refill air sahaja....
Puncak...sebelum turun layan downhill sehingga ke parking kereta....
Total mileage...70km....sahaja...
3 kali pit stop di sepanjang kayuhan....iaitu di puncak Genting Sempah, di kedai minum Janda Baik dan di puncak Genting sebelum turun.....
Puncak paling tinggi...600m...
No comments:
Post a Comment