Sunday 25 October 2020

Offroad PKPB Ride @Tasik Widuri+SCT Trail+Bukit 2Hinggit - 25 October 2020

Semalam layan roadbike, hari ini layan offroad pulak di trail Tasik Widuri. Trail ini merupakan trail yang baru dan masih banyak lagi denai yang masih belum diterokai. Disebabkan loop Tasik Widuri ini hanya 5km sahaja, maka ramai yang masih tak puas kayuh dan nak masuk ke trail SCT pulak. Lepas layan SCT trail, ada pulak yang ajak layan trail Bukit 2Hinggit pulak. Tapi tak ramai yang follow, hanya 11 orang pengayuh sahaja yang menyahut cabaran climbing di Bukit 2Hinggit.

Kayuhan yang pada mulanya berbentuk santai, bertukar sedikit hardcore walaupun jumlah peserta dipermulaan mencecah seramai lebih kurang 35 orang namun hanya tinggal berbelas orang sahaja. Bukan senang dapat berkumpul beramai-ramai ketika ini disebabkan penularan Covid-19 serta SOP yang perlu dipatuhi. Pengayuh dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan penjarakan sosial sesama pengayuh. Hanya berkumpul semasa bergambar beramai-ramai, selain itu penjarakan perlu dipatuhi.


Plan asal....sebenarnya hanya berkayuh di Tasik Widuri sahaja....tapi terlajak sehingga ke trail SCT dan Bukit 2Hinggit....

Bergambar kenangan dulu sebelum memasuki trail Widuri...tak sangka ramai pulak yang join kayuh hari nie...

Di waktu pagi dan petang terdapat sukan air di sini iaitu kayak serta bot yang membawa pengunjung bersiar-siar disekitar tasik..tetapi disebabkan PKPB, segala aktiviti tersebut telah dihentikan sementara...

Bersama Otai Touring....Nazmi....dah lama tak berkayuh bersama....hari nie masuk offroad bersama Bombtrack...

Dah lama tak masuk trek nie....menarik jugak singletrail di sini...walaupun pendek namun tetap teruja berkayuh di sini...

Berdesup-desup semuanya.....masing-masing menunjukan skill masing-masing....jangan tertonggeng sudah....


Denai masih lagi dipenuhi dengan semak samun disebabkan jarang dilalui....tapi kalau dah selalu masuk nanti pasti laluan ini akan lebih mudah dilalui...


Menarik di laluan ini....

Beratur ambil giliran untuk layan singletrail....

Habis loop sejauh lebih kurang 5km....walaupun pendek namun tetap berpuas hati....lain kali boleh kayuh lagi...

Tenang air tasik....walaupun tasik ini sudah lama namun baru sekarang kawasan ini jadi tarikan penduduk di sekitar....dengan adanya gerai makan di sini telah menaikan nama Tasik Widuri sebagai tempat untuk beriadah bersama keluarga...

Dah habis layan kayuh...bergambar lah dulu....

Disebabkan ramai yang tak puas kayuh....maka laluan trail SCT pula dilanyak untuk menambah kepuasan...minggu lepas dah kayuh kat sini...minggu nie repeat balik...

Layan....climbing....tak teruk sangat tapi menitik-nitik jugak peluh yang keluar...

Singletrail pokok buloh.....

Climbing....

Habis dah trail SCT.....nak layan trail Bukit 2Hinggit pulak....nak kasi sampai puas...

Lepas penat climbing,,,layan downhill pulak...bergambar di kaki Bukit 2Hinggit....

Cukup lah untuk bekal minggu nie.....puas hati dapat kayuh bersama-sama rakan kayuhan yang lain....bukan senang dapat berkumpul macam nie lagi....

Next ride....macam nak masuk trail Sungai Buaya pulak....dah lama tak berkayuh di Sungai Buaya...trail dekat sana pun mantap jugak....nak masuk ikut Prima trail dan terus ke Felda Sungai Buaya....dekat sana pun banyak singletrail ladang getah....drop pacak dekat area kelapa sawit Waterfall dah lama tak layan....entah ada lagi ke tak...

Saturday 24 October 2020

PKPB Ride @Bukit Beruntung-Sungai Chilling KKB - 24 October 2020

Kayuhan PKPB minggu nie di sekitar daerah Hulu Selangor sahaja. Tidak dapat rentas daerah kali ini akibat menularan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa sekarang ini. Jumlah pengayuh di dalam satu kumpulan pun hanya dihadkan kepada 10 orang sahaja. Kayuhan bermula dari Bukit Beruntung menuju ke KKB dan bertemu dengan Basri & the geng di pekan KKB. Terdapat roadblock selepas pekan KKB sebelum sampai di Gerachi Jaya akibat menutupan sempadan antara negeri. Namum kami dibenarkan untuk melepasi sekatan jalan raya tersebut tetapi dengan syarat hanya berkayuh sampai di GAP Fraser sahaja dan bukan sampai di puncak. Ini disebabkan puncak Fraser Hill sudah memasuki sempadan negeri Pahang. Tetapi kayuhan hanya sampai di Sungai Chilling sahaja disebabkan faktor masa dan tak ada mood nak kayuh climbing hari ini. Badan macam bonk jea. Tidak banyak kenderaan pada pagi ini dan mungkin disebabkan oleh PKPB yang membataskan untuk orang bergerak di luar daerah.

Kayuhan bermula seawal jam 7 pagi dengan cuaca hujan renyai-renyai di awal pagi. Namun panas terik apabila tengahari. Kayuhan kali ini bermula di Bukit Sentosa menuju ke Rasa-Ampang Pecah-Pekan KKB-Empangan KKB-Sungai Chilling dan balik semula ke Bukit Sentosa melalui jalan Serendah.


Musim PKPB nie tak boleh kayuh jauh-jauh sangat...banyak roadblock..nanti tak pasal-pasal kena saman...hari tuu dah ada yang kena sebab cross batu penghadang jalan yang telah dipasang di Jalan Lama Gombak menuju ke Genting Sempah....jangan cari pasal time-time nie...

Jumpa dengan Pak Brahim dekat Rasa...kayuh folding bike jea hari nie....nak menuju ke KKB jugak...kayuh saing sama-sama sehingga ke simpang Sirim-Rasa...

Port sarapan pagi....tapi kali ini tak lepak sini...hanya tunggu Basri dekat sini sebelum menuju ke Sungai Chilling...

Kayuhan mendaki ke Empangan KKB....puncak tertinggi di kawasan nie....memang minta nyawa....nasib baik lepas roadblock tadi....cakap nak kayuh sampai Sungai Chilling jea...abang polis pun bagi jalan...jangan sampai puncak Fraser jea...nanti kena saman...

Akhirnya sampai di puncak....letih sangat...cuaca pun dah panas...

Lepak dengan Basri dulu.....relax dulu...tak ramai rider dan kenderaan dekat sini....jalan clear....

Sini memang port bergambar...tak sah kalau dah sampai sini tapi tak bergambar dengan signboard nie...

Letih oooo..... 

Jambatan Pertak.....kalau tidak dekat sini port memancing....tapi tak ada orang pun....musim PKPB, tak semua benda boleh buat....nasib baik masih lagi boleh kayuh...

Alhamdullilah....air empangan masih lagi di tahap maksimum....syukur disebabkan hujan kerap turun...

Hanya mampu jea tengok signboard Fraser nie....next time kita kayuh ke sana...

Sampai dekat pintu gerbang Sungai Chilling jea.....lagi pun kawasan ini masih lagi tutup sehingga tahun depan...

Kayuhan balik.....panas dah....

Climbing ke puncak empangan semula....

Berhenti refill air dulu.....ambil air bukit...

Air habis pulak....refill pakai air bukit jea.....

Menuju ke Antara Gapi....berpecah dengan Basri dan Man 2 Roda di sini....kayuh solo pulak ke Serendah.....

Lalu ikut pintu belakang Perodua.....cuaca nampak macam mendung...dan hujan renyai-renyai pulak turun....

Laluan baru....

Climbing sikit...tapi syok...

Plan nak kayuh sampai 100km...tapi apa kan daya....ini jea yang mampu....next time laaa....

Kalau PKPB dah ok bulan depan...nak kayuh jauh sikit....mileage dah lama tak cecah 100km....

Sunday 18 October 2020

Otai Offroad Ride @SCT Trail - 18 October 2020

Kayuhan offroad sekali lagi pada minggu ini tetapi di Trail SCT pula setelah bermandi hujan di Trail Prima pada minggu lepas. Ramai geng-geng otai berkayuh pada kali ini, setelah lama menggantung basikal. Berkayuh semula dengan geng-geng lama memang banyak mengimbau kenangan lama semasa mula-mula berkayuh dulu. 

Seramai 20 orang pengayuh pada pagi ini dan berkumpul di Kedai Ajis sebelum memulakan kayuhan. Kayuhan adalah berbentuk santai hari ini, maklumlah ramai yang baru mula berkayuh kali ini.

Mula-mula plan untuk kayuh trail SCT sahaja..tapi lepas tuu lajak ke Bukit 2 Hinggit pulak....tak puas kayuh katanya....nak tambah lagi mileage...

Di tepi jalan sebelum masuk ke pusat tahfiz....selepas Widuri dan sebelum Kampung Tuah...yang lain dah masuk awal dalam trail...berkumpul di dalam trail...

4 orang yang terakhir...yang lain dah tunggu dekat dalam trail....nak elakkan berkumpul terlalu ramai...

Pusat Tahfiz....lenggang tiada berpenghuni...maklumlah sejak PKP dulu...tak ramai yang meneruskannya...

Diharapkan selepas PKPB nanti...pusat ini akan meriah dan berpenghuni semula....

Timbunan batu di laluan trek bagi menghalang kenderaan masuk ke kawasan nie...

Re-group semula di dalam trail....

Bergambar dulu sebelum meneruskan semula kayuhan....cuaca hari nie baik dan trail juga tidaklah terlalu lecah dan berlumpur....


Selepas melayan trail...hanya 4 orang sahaja pengayuh yang meneruskan kayuhan sehingga ke Bukit 2Hinggit...yang lain balik ke rumah masing-masing...

Melalui Telipot....meneruskan pendakian sehingga ke Bukit 2Hinggit....dengar cerita semalam, Polis melakukan operasi kepada pendaki yang mendaki....larangan untuk mendaki telah dikeluarkan dengan jumlah tidak melebihi dari 10 orang....


Terdapat single trail di sini....laluan sedikit mendaki...tetapi tidak pacak sangat....

Di kaki bukit dari laluan Telipot sebelum menuju ke Bukit 2Hinggit....


Dipersimpanagan...ke kanan menuju ke puncak...manakala ke kiri, turun downhill...

Terus turun ke bawah disebabkan jika hendak ke puncak memang tak boleh nak kayuh...kena tolak...yang kuat pun tolak jugak sebab kecuramannya memang tahap tak boleh nak kayuh...

Tn Haji Azham.....dah lama tak berkayuh bersama....

Kaki Bukit 2 Hinggit di belakang Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa.....

Best layan downhill....nasib baik laluan sedikit lembab....memang mudah untuk turun..kalau tidak kena menolak lah nampaknya....

Lepas kayuh....sarapan pagi dulu di gerai berhampiran dengan Masjid As-Salam Bukit Sentosa....

Pekena mee kari dulu sebelum balik....lepas nie nak basuh basikal pulak....itu lah kalau main roadbike lain lah...

Plan asal nak hiking minggu nie dekat Gunung Angsi...disebabkan PKPB dekat Selangor nie, tak boleh rentas negeri, terpaksalah kayuh dekat-dekat sini jea....kalau rentas sempadan, tak pasal-pasal kang kena bayar saman....


Jadi lah....walaupun mileage tak jauh sangat....minggu depan kayuh road pulak....nak pegi Tanjung Malim rasanya...sebab Warung Misteri masih lepas lagi....tak rentas sempadan lagi....