Sunday 11 October 2020

Offroad Prima Beruntung....trek yang menyimpan banyak nostalgia - 11 October 2020

Memang sudah lama tidak berkayuh offroad di trail Prima Beruntung, mungkin hampir 5 tahun tidak berkayuh disini. Trail yang sudah lama ditinggalkan namun banyak meninggalkan kenangan. Ini merupakan trail rasmi geng Prima Riders seketika dulu. Trail yang banyak menyimpan kenangan suka dan duka semasa berkayuh dan merupakan trail yang banyak mengajar tentang dunia berbasikal. Juga merupakan trail yang banyak pendakian dan memenatkan. Trail ini juga banyak menyebabkan kecederaan semasa berkayuh dan juga pernah meragut nyawa rider. Disebabkan itu, semasa berkayuh disini kena lebih berhati-hati dan perlu membawa bekalan air yang secukupnya bagi mengelakkan bekalan air habis semasa di dalam trail.

Kayuhan kali ini bersama geng JiwaBasikal dan kayuhan bermula di Restoran Taqwa Adenium. Seramai 33 orang pengayuh menyahut cabaran pada kali ini. Namun di awal kayuhan apabila hujan lebat mulai turun, 3 orang pengayuh menarik diri manakala apabila memasuki laluan offroad, 4 orang mengayuh tidak dapat meneruskan kayuhan. Kayuhan pada pagi ini bermula dalam suasana hujan turun dengan lebatnya semasa menuju ke Prima Beruntung. Sepanjang kayuhan hujan masih lagi turun menyebabkan laluan trail menjadi lecak serta licin. 

Walaupun hanya 20km sahaja...namun azabnya memang terasa...trail Prima memang terkenal dengan pendakian yang banyak sampai meletihkan...

Berkumpul di Restoran Taqwa Adenium untuk bersarapan pagi sebelum memulakan kayuhan....carbo-loading dulu...banyak pendakian selepas ini...

Cuaca sudah mula mendung dan gelap....ada tanda-tanda yang hujan akan turun tidak lama lagi...macam akan berkayuh dalam hujan pada pagi ini...

Hujan turun dengan lebatnya semasa menuju ke Prima Beruntung.....dah lama tak mandi hujan nie...seronok jugak..nasib baik hujan sahaja yang turun tanpa petir dan kilat...

Bila hujan dah turn...laluan menjadi licin dan basah....memang sukar ini berkayuh dalam keadaan trail seperti ini....

Puncak Bukit Fed-Up....licin laluan di sini...banyak lumut...

Suasana berkabus semasa di dalam trail....sejuk dan dingin sebab dah basah lencun bermandikan hujan....

Downhill perlu berhati-hati.....tak yakin, tolak turun jea....keselamatan perlu diutamakan....

Climbing dengan keadaan trail yang licin dan basah....

Hujan sudah mulai reda....walaupun kadang-kadang hujan lebat semula...

Sebelum climbing ke Bukit Roundabout...

Dulu pokok getah di sini masih rendah...sekarang semuanya sudah tinggi dan banyak laluan yang sudah berubah...laluan yang dulunya tanah merah namun sekarang sudah diturap dengan concrete menyebabkan lebih mudah tetapi licin disebabkan lumut....

Hari ini Pak Syeikh JiwaBasikal yang jadi cameraman....disebabkan hujan, malas nak keluarkan handphone...banyak gambar yang diambil oleh Pak Syeikh...gambar banyak yang cun-cun...

Hanya otai sahaja yang masih lagi pakai basikal 26.....yang muda-muda pakai 29 jea....basikal lama masih lagi berbisa....barang yang lama masih lagi boleh digunakan....maintain apa yang ada jea...

Berkumpul dulu sebelum layan downhill....

Layan downhill....lagi best kalau trail kering....baru boleh melipat...

Bergambar kenangan dulu....hanya tinggal 26 orang pengayuh sahaja yang menghabiskan kayuhan...

Baru lepas hujan....

Bergaya dulu....bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam nie....

Dari trail Prima, keluar melalui Tesco Distribution setelah melalui Tanah Perkuburan Bukit Beruntung....terowong bawah PLUS Highway...

Sempat singgah dulu di Car Wash Petronas Bukit Beruntung....cuci basikal dulu....malas nak cuci kat rumah...badan dan letih, ingat nak tidur jea lepas nie...

Sebelum balik...lunch dulu...perut lapar sangat...sejuk dalam hutan menyebabkan lemak banyak dibakar dan perut terasa lapar....yang lain dah berpecah ke haluan masing-masing...

Alhamdullilah....dapat juga berkayuh di Prima Trail...memang dah lama sangat berhajat untuk berkayuh di sana...memang banyak perubahan dan suasana juga sudah berbeza....maklumlah lebih kurang 5 tahun tak berkayuh disini....suatu jangka masa yang panjang....

Next time kena kumpul geng Prima Riders balik untuk berkayuh di sini semula...banyak kenangan di sini...semuanya bermula di sini....in sya Allah....

No comments:

Post a Comment