Sunday 25 October 2020

Offroad PKPB Ride @Tasik Widuri+SCT Trail+Bukit 2Hinggit - 25 October 2020

Semalam layan roadbike, hari ini layan offroad pulak di trail Tasik Widuri. Trail ini merupakan trail yang baru dan masih banyak lagi denai yang masih belum diterokai. Disebabkan loop Tasik Widuri ini hanya 5km sahaja, maka ramai yang masih tak puas kayuh dan nak masuk ke trail SCT pulak. Lepas layan SCT trail, ada pulak yang ajak layan trail Bukit 2Hinggit pulak. Tapi tak ramai yang follow, hanya 11 orang pengayuh sahaja yang menyahut cabaran climbing di Bukit 2Hinggit.

Kayuhan yang pada mulanya berbentuk santai, bertukar sedikit hardcore walaupun jumlah peserta dipermulaan mencecah seramai lebih kurang 35 orang namun hanya tinggal berbelas orang sahaja. Bukan senang dapat berkumpul beramai-ramai ketika ini disebabkan penularan Covid-19 serta SOP yang perlu dipatuhi. Pengayuh dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan penjarakan sosial sesama pengayuh. Hanya berkumpul semasa bergambar beramai-ramai, selain itu penjarakan perlu dipatuhi.


Plan asal....sebenarnya hanya berkayuh di Tasik Widuri sahaja....tapi terlajak sehingga ke trail SCT dan Bukit 2Hinggit....

Bergambar kenangan dulu sebelum memasuki trail Widuri...tak sangka ramai pulak yang join kayuh hari nie...

Di waktu pagi dan petang terdapat sukan air di sini iaitu kayak serta bot yang membawa pengunjung bersiar-siar disekitar tasik..tetapi disebabkan PKPB, segala aktiviti tersebut telah dihentikan sementara...

Bersama Otai Touring....Nazmi....dah lama tak berkayuh bersama....hari nie masuk offroad bersama Bombtrack...

Dah lama tak masuk trek nie....menarik jugak singletrail di sini...walaupun pendek namun tetap teruja berkayuh di sini...

Berdesup-desup semuanya.....masing-masing menunjukan skill masing-masing....jangan tertonggeng sudah....


Denai masih lagi dipenuhi dengan semak samun disebabkan jarang dilalui....tapi kalau dah selalu masuk nanti pasti laluan ini akan lebih mudah dilalui...


Menarik di laluan ini....

Beratur ambil giliran untuk layan singletrail....

Habis loop sejauh lebih kurang 5km....walaupun pendek namun tetap berpuas hati....lain kali boleh kayuh lagi...

Tenang air tasik....walaupun tasik ini sudah lama namun baru sekarang kawasan ini jadi tarikan penduduk di sekitar....dengan adanya gerai makan di sini telah menaikan nama Tasik Widuri sebagai tempat untuk beriadah bersama keluarga...

Dah habis layan kayuh...bergambar lah dulu....

Disebabkan ramai yang tak puas kayuh....maka laluan trail SCT pula dilanyak untuk menambah kepuasan...minggu lepas dah kayuh kat sini...minggu nie repeat balik...

Layan....climbing....tak teruk sangat tapi menitik-nitik jugak peluh yang keluar...

Singletrail pokok buloh.....

Climbing....

Habis dah trail SCT.....nak layan trail Bukit 2Hinggit pulak....nak kasi sampai puas...

Lepas penat climbing,,,layan downhill pulak...bergambar di kaki Bukit 2Hinggit....

Cukup lah untuk bekal minggu nie.....puas hati dapat kayuh bersama-sama rakan kayuhan yang lain....bukan senang dapat berkumpul macam nie lagi....

Next ride....macam nak masuk trail Sungai Buaya pulak....dah lama tak berkayuh di Sungai Buaya...trail dekat sana pun mantap jugak....nak masuk ikut Prima trail dan terus ke Felda Sungai Buaya....dekat sana pun banyak singletrail ladang getah....drop pacak dekat area kelapa sawit Waterfall dah lama tak layan....entah ada lagi ke tak...

No comments:

Post a Comment