Sunday 18 October 2020

Otai Offroad Ride @SCT Trail - 18 October 2020

Kayuhan offroad sekali lagi pada minggu ini tetapi di Trail SCT pula setelah bermandi hujan di Trail Prima pada minggu lepas. Ramai geng-geng otai berkayuh pada kali ini, setelah lama menggantung basikal. Berkayuh semula dengan geng-geng lama memang banyak mengimbau kenangan lama semasa mula-mula berkayuh dulu. 

Seramai 20 orang pengayuh pada pagi ini dan berkumpul di Kedai Ajis sebelum memulakan kayuhan. Kayuhan adalah berbentuk santai hari ini, maklumlah ramai yang baru mula berkayuh kali ini.

Mula-mula plan untuk kayuh trail SCT sahaja..tapi lepas tuu lajak ke Bukit 2 Hinggit pulak....tak puas kayuh katanya....nak tambah lagi mileage...

Di tepi jalan sebelum masuk ke pusat tahfiz....selepas Widuri dan sebelum Kampung Tuah...yang lain dah masuk awal dalam trail...berkumpul di dalam trail...

4 orang yang terakhir...yang lain dah tunggu dekat dalam trail....nak elakkan berkumpul terlalu ramai...

Pusat Tahfiz....lenggang tiada berpenghuni...maklumlah sejak PKP dulu...tak ramai yang meneruskannya...

Diharapkan selepas PKPB nanti...pusat ini akan meriah dan berpenghuni semula....

Timbunan batu di laluan trek bagi menghalang kenderaan masuk ke kawasan nie...

Re-group semula di dalam trail....

Bergambar dulu sebelum meneruskan semula kayuhan....cuaca hari nie baik dan trail juga tidaklah terlalu lecah dan berlumpur....


Selepas melayan trail...hanya 4 orang sahaja pengayuh yang meneruskan kayuhan sehingga ke Bukit 2Hinggit...yang lain balik ke rumah masing-masing...

Melalui Telipot....meneruskan pendakian sehingga ke Bukit 2Hinggit....dengar cerita semalam, Polis melakukan operasi kepada pendaki yang mendaki....larangan untuk mendaki telah dikeluarkan dengan jumlah tidak melebihi dari 10 orang....


Terdapat single trail di sini....laluan sedikit mendaki...tetapi tidak pacak sangat....

Di kaki bukit dari laluan Telipot sebelum menuju ke Bukit 2Hinggit....


Dipersimpanagan...ke kanan menuju ke puncak...manakala ke kiri, turun downhill...

Terus turun ke bawah disebabkan jika hendak ke puncak memang tak boleh nak kayuh...kena tolak...yang kuat pun tolak jugak sebab kecuramannya memang tahap tak boleh nak kayuh...

Tn Haji Azham.....dah lama tak berkayuh bersama....

Kaki Bukit 2 Hinggit di belakang Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa.....

Best layan downhill....nasib baik laluan sedikit lembab....memang mudah untuk turun..kalau tidak kena menolak lah nampaknya....

Lepas kayuh....sarapan pagi dulu di gerai berhampiran dengan Masjid As-Salam Bukit Sentosa....

Pekena mee kari dulu sebelum balik....lepas nie nak basuh basikal pulak....itu lah kalau main roadbike lain lah...

Plan asal nak hiking minggu nie dekat Gunung Angsi...disebabkan PKPB dekat Selangor nie, tak boleh rentas negeri, terpaksalah kayuh dekat-dekat sini jea....kalau rentas sempadan, tak pasal-pasal kang kena bayar saman....


Jadi lah....walaupun mileage tak jauh sangat....minggu depan kayuh road pulak....nak pegi Tanjung Malim rasanya...sebab Warung Misteri masih lepas lagi....tak rentas sempadan lagi....

No comments:

Post a Comment