Sunday 26 January 2020

Kayuhan Santai-Santai @CNY - 26 January 2020

Kayuhan ala leha-leha sempena cuti public holiday Tahun Baru Cina dari Bukit Beruntung ke Sirim Rasa. Kayuhan santai solo jea pagi nie. Jarak pun tak jauh, hanya 40km jea. Cukup rasanya bila dah 3 minggu tak berkayuh. Cuaca di awal pagi nampak mendung namun panas bila waktu mencecah pukul 9 pagi. Terserempak juga dengan beberapa pengayuh yang berkayuh secara solo namun tidak pasti ke mana arah dituju. Kayuhan sehingga ke persimpangan Rasa-KKB selepas Sirim Rasa dan berpatah semula ke Bukit Beruntung sambil singgah sebentar di Tasik Widuri. Tiada sesiapa pun di sini semasa waktu pagi, namun meriah disebelah petangnya.

Kayuh solo jea pagi nie.... semalam tak sempat nak kayuh..hari nie kayuh santai-santai jea....dah beberapa minggu tak kayuh....sesak nafas rasanya...

Speed pun macam siput jea......slow & steady jea....

Hari nie kenderaan tak banyak....maklumlah ramai yang masih lagi bercuti ... cuti CNY nie tak pergi ke mana-mana pun...jalan jem sana sini....malas nak hadap jem dekat highway...elok duduk rumah diam-diam sambil kayuh basikal....

Port selalu lepak.....persimpangan Rasa-KKB....tunggu keretapi lalu...

Sampai di sini jea.... berpatah balik ke Bukit Beruntung....ingat nak sampai ke Dam KKB...tapi macam tak larat jea....lagi pun ada kenduri tengahari nie...

Makan snickers jea....pagi tadi pun tak sempat nak breakfast....

Kuda tua yang masih setia dan berjasa......

On the way balik...singgah kejap dekat Tasik Widuri....layan suasana pagi dekat sini....tenang tanpa pengunjung di waktu pagi...lagi pun tak ada gerai yang buka ketika ini... 

Jeti boat..... perkhidmatan boat disediakan untuk bersiar-siar mengelilingi tasik ini....tapi hanya di waktu petang sahaja....pagi tiada apa-apa aktiviti di sini....sunyi sepi sahaja...

Tenang dan damai.....

Gerai makan....hanya dibuka pada waktu petang dan malam sahaja....jika waktu malam...kawasan ini akan meriah dengan orang ramai yang datang untuk makan malam...

Tak tunggu lama....hari dah semakin panas.....

Jadi lah dapat 40km jea.....lain kali sambung lagi.....

Laluan pergi dan balik....laluan Bukit Beruntung-Rasa ini sesuai untuk training disebabkan laluan berbukit namun perlu berhati-hati disebabkan kenderaan disini laju-laju....

Saturday 11 January 2020

Hiking Bukit Kutu V8.0 - 11 January 2020

Hiking yang pertama untuk tahun ini dan yang ke-8 setakat ini di Bukit Kutu. Aktiviti pendakian terpaksa dihentikan 2 bulan disebabkan oleh arahan dari Jabatan Hutan Negeri Selangor yang melarang sebarang aktiviti di kawasan hutan simpan disepanjang musim tengkujuh yang lalu. Baru awal tahun ini, kebenaran diberikan semula selepas cuaca hujan semakin berkurangan.

Pendakian kali ini bermula seawal jam 8.30 pagi setelah bersarapan pagi di pekan KKB berhampiran dengan pasar pagi. Perkena nasi lemak dengan teh tarik dahulu sebagai pengalas perut semasa mendaki nanti. Kali ini membawa bekalan air minuman serta maggie untuk dimasak semasa di atas puncak. Tidak ramai pendaki pada hari ini, mungkin disebabkan masih ramai yang belum mengetahui tentang pembukaan semula trek disini. 


Prima Riders bersama Babat, Josh, Tn Haji Azham dan Jefri @David....Afitz pun ada tapi dengan geng-geng pelari denai...tak boleh follow geng-geng nie, semuanya berdesup-desup berlari....macam tak ada jantung...

Dah lama tak hiking bersama Tn Haji....ini kali kedua mendaki bersama ke Bukit Kutu...last hiking bersama pun 2 tahun lepas....

Jambatan besi yang masih sengget sehingga kini...mungkin in trademark untuk ke Bukit Kutu....kena cross jambatan ini dulu sebelum terdapat simpang di hadapan untuk ke kiri menuju ke Lata Medang, Gunung Rajah, Lata Macau atau ke kanan menuju ke Bukit Kutu,,,,  

Cuaca baik hari nie...mendung di sepanjang pendakian....

Cross sungai yang kedua....sebelum start climbing selepas nie....ramai pendaki yang membuka kasut semasa mengharungi sungai nie....takut kasut basah....malas nak buka kasut...redah jea air sungai tuu...nanti time climbing, kering lah kasut tuuu....pemilihan kasut hiking penting bagi memastikan keselesaan semasa mendaki...pemakaian kasut Goretex banyak membantu disebabkan mudah kering apabila basah...

Sejuk air sungai nie....maklumlah masih di pagi hari lagi...sejuk dan jernih...

Selfie dulu sambil menunggu nak cross sungai nie....bagi adik-adik cross dulu...tak perlu terburu-buru...jauh lagi nak sampai puncak...

Pendakian sudah bermula....muka pun dah mula berubah....tadi boleh senyum...sekarang dah mula berkerut-kerut....dah lama tak mendaki....terasa penat sangat....lama sangat rehat..ini lah sebabnya...

Josh dan Tn Haji Azham...nasib baik ada tali...senang sikit nak mendaki....

Sampai di pit stop "I Love Bukit Kutu".... 45 minit sampai di sini....selepas nie, pendakian semakin mencabar....pacak semakin tegak....banyak tenaga nak digunakan.... terdapat pokok tumbang dilaluan ini...dan terdapat lencongan denai baru yang telah dibuat bagi mengelak laluan pokok tumbang tersebut....terdapat banyak pokok tumbang di laluan denai sehingga ke puncak...ini mungkin disebabkan oleh musim hujan baru-baru nie dan larangan mendaki disepanjang musim tengkujuh oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sememangnya munasabah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini kepada pendaki....

Woow....pacaknya laluan nie....dah letih sangat nie....nafas pun dah termengah-mengah nie....nak mintak nyawa dah nie...

Akhirnya....sampai di Batu Tedung....rehat sekejap...ambil nafas dulu.....

Dari sini ada lagi 45 minit pendakian sehingga sampai ke puncak....laluan pacak mendaki selepas nie....rehat dulu ambil tenaga....

Akhirnya sampai di puncak Bukit Kutu.....3 jam masa diambil untuk sampai di sini....pewaaiii sangat dah nie.....

Bergambar dulu sebelum turun....dah buruk dah bendera Malaysia tuu...

Pemandangan cantik kali nie....cuaca cerah....

Batu besar di atas Bukit Kutu....malas nak naik sebab dah penah naik....lagi pun nak kena tunggu giliran untuk naik...sebab kawasan tak luas dekat atas batu tu,..

Ada teddy bear pulak dekat signboard Kutu tuu....siapa lah yang gantung...

Masak air dulu sebelum turun...

Pekena teh o panas dan makan maggie dulu sebelum turun....lepak selama 45 minit...

Sampai di sungai yang kedua....lepak mandi dulu dekat sini....badan berpeluh dan berlumpur...

Lebih kurang 5 jam diperlukan untuk naik dan turun kali ini....agak perlahan jika dibandingkan dengan sebelumnya....kena built-up stamina balik....

Distance lebih kurang 12km untuk turun dan naik.....jarak tidak jauh tetapi azabnya memang terasa...jangan terpedaya dengan Bukit Kutu....nama jea bukit, tetapi teruknya seperti mendaki gunung....

Monday 6 January 2020

Hobi Baru....merempit di Fraser Hill - 5 January 2020

Tahun lepas pernah sekali ride dengan motor ke Fraser Hill semasa event RCT sebagai photographer volunteer. Jika dulu bersama anak tetapi kali ini bersama orang rumah pulak. Terpaksa lah bawak nak beli jiwa, barulah boleh ride jauh-jauh lepas nie. Lesen kena approved dulu. Tayar golek pada pukul 9.20 pagi dari Bukit Beruntung menuju ke Fraser Hill. Sebelum mendaki di puncak, singgah sebentar di puncak bukit Gerachi Jaya sambil melihat permandangan dam KKB.


Sampai di puncak Fraser Hill pada pukul 11.20 pagi....setelah mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 70km dari Bukit Beruntung...

Singgah di puncak bukit Gerachi Jaya....layan pemandangan empangan KKB dari sini...last sampai di sini pun semasa Hash KLMBH..7 tahun yang lalu...dah lama dah tak sampai di sini...

Limpahan air dari empangan...ini menunjukkan kadar takungan air di paras maximum...syukur apabila melihat keadaan tasik empangan yang penuh dengan takungan air...jika dulu semasa musim kemarau, takungan air berkurang dan banyak kawasan menjadi cetek....

Sampai di Gap Fraser...tak ramai orang hari nie....tak nampak pun kelibat pengayuh basikal hari nie....macam tak orang yang berkayuh jea...

Pulas jea....rasa cepat jea sampai....kalau kayuh....terasa azabnya...

Selfie dulu sebelum naik ke puncak....

Sampai di puncak Fraser.....

Terjumpa dengan boss lama....pun ride jugak...tapi nak ke Lemang To'ki pulak lepas nie...

Basri pun ada.....tapi tak dapat follow ke Bentong....next time...masa tak mengizinkan...kena balik ke rumah....

Sticker PRCC masih ada....semoga rakan-rakan yang lain masih bersemanggat untuk berkayuh....walaupun dah ramai yang gantung basikal....

Jarak tunggangan sejauh 144km.....kasi panas engine motor dulu...lepas nie nak ride jauh sikit....harap tak hanyut dengan dunia permotoran pulak....kayuh tetap kayuh...lari tetap lari...hiking tetap hiking... asalkan kita happy....

Next time ride lagi....target nak buat loop masuk boarder....teringin nak makan tom yam...

Saturday 4 January 2020

Kayuhan Tahun Baru 2020 @Antara Gapi-Tg Malim - 4 January 2020

Kayuhan pembuka tirai tahun 2020, kayuhan bermula dari Antara Gapi sehingga ke Warung Misteri Tanjung Malim. Jika minggu lepas bonk teruk di loop Behrang, namun kali ini hanya kayuhan santai sambil mencari stamina yang telah hilang.

Kayuhan bermula seawal jam 7.50pagi, maklumlah cuaca sekarang ini agak panas terutama selepas pukul 11 pagi disebabkan kurangnya hujan yang turun sejak kebelakangan ini. Laluan yang teruk antara Kuala Kubu Bahru menuju ke Kelumpang disebabkan jalan yang mendaki serta berangin.


Minggu lepas ke Tanjung Malim....minggu nie repeat sekali lagi tetapi hanya ke Warung Misteri sahaja...tidak ke loop Behrang....

Berkumpul di hadapan kedai basikal Man di Antara Gapi....

Tepat pukul 7.50..tayar golek menuju ke Tanjung Malim....pit stop seterusnya di persimpangan masuk ke Kuala Kubu Bahru....

Climbing menuju ke Batang Kali... banyak kereta pada pagi ini...

Pit Stop...persimpangan KKB....tunggu rakan-rakan lain sampai....cuaca masih lagi baik....matahari masih belum menyinarkan cahaya...

Lepak dulu....lepas ini nak layan climbing pulak....

Persimpangan KKB....dekat depan tuu ada medan selera...selalunya hujung minggu memang penuh...ramai yang bersarapan pada di situ....

Kayuhan diteruskan.....

Sampai di Warung Misteri Tanjung Malim.....kedai ini memang sentiasa penuh dengan penggunjung terutama di waktu pagi....nak cari tempat pun kadang-kadang susah...

Carbo Loading dulu....kayuhnya tak seberapa tapi loadingnya kaw-kaw jea....

Makanan paling digemari di sini....nasi kerabu....memang menjadi pilihan warga Tanjung Malim terutama di waktu pagi....memang berselera....

Lepak makan selama 45minit sebelum memulakan semula kayuhan pulang....hari dah semakin panas....kayuhan pasti bertambah sukar...

Pit stop semasa pulang....Shell di persimpangan KKB.....rehat dulu...beli air 100plus dulu....dahaga...panas terik

Iskandar....satu-satunya MTB yang ikut berkayuh...yang lain semua RB...dah lama tak berkayuh bersama...

Rehat 15 minit dulu....ada lagi 15km sebelum sampai di Antara Gapi....fuuuhhh....

Jarak kayuhan sejauh lebih kurang 70km....terlupa nak ON kan Garmin semasa mula berkayuh....dah nak masuk 2km baru perasan Garmin masih Off....

Laluan pergi dan balik yang sama....kalau tak fit...tuu yang mental tuu....