Monday 23 November 2020

PKPB Offroad Ride @Prima-Sungai Buaya - 22 November 2020

Jika semalam layan road....hari nie layan offroad pulak. Lagi pun musim PKPB nie bukan boleh pergi ke mana-mana pun untuk bawa family jalan-jalan. Oleh itu, kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk berkayuh. Nanti kalau PKPB dah tamat, kena beli jiwa pulak. Satu hari kayuh, satu hari lagi bersama family, baru adil. Keluarga juga perlu diutamakan. Family First. 

Kayuhan pagi ini bermula di Restoran Ali Nas Prima Beruntung bersama geng JiwaBasikal, SCT, Prima, MKCC dan ramai lagi. Sudah lama tidak berkayuh di trek Sungai Buaya ini, banyak laluan sudah berubah menyebabkan tersesat di dalam trail.  

 

Kayuhan ke Sungai Buaya setelah hampir 8 tahun tidak berkayuh di sini....banyak kenangan di sini terutama semasa membuat trail hash bersama KLMBH....

Bersarapan di Restoran Alinas Prima Beruntung....tak sangka dalam kawasan Prima sudah ada restoran... nampak sangat dah lama tak masuk ke kawasan ini....jika dulu kawasan prima merupakan tempat permainan di hujung minggu.... merupakan satu-satunya restoran yang terdapat di kawasan ini...

Berkumpul dulu sambil breifing serta bacaan doa dari Ustaz Roslan sebelum memulakan kayuhan....

Banyak perubahan telah berlaku di kawasan Prima Beruntung nie....tak tahu akan kewujudan taman perumahan baru nie kawasan ini...dah 2 tahun perumahan ini dibina...baru tahu kewujudannya....

Laluan trail ke Sungai Buaya....laluan ini masih lagi kekal seperti dulu....tidak berubah, masih sama...

Sedikit climbing di kawasan ini....laluan semakin lebar...tidak sempit seperti dulu....tetapi masih lagi berpasir serta licin...nasib baik tanah lembab dan basah....

Layan singletrail....

Banyak kenangan di sini....

Menarik laluan singletrail di sini....masih kekal sama....syookkk....

Memasuki Felda Sungai Buaya.....

Dipersimpangan Loji Penapisan Air Sungai Buaya.... banyak kenangan di sini....

Menuju ke puncak pencawang.....laluan mendaki....ada yang menolak dan ada yang mampu berkayuh...

Sampai di atas puncak....di hadapan tuu lagi tinggi....nasib baik tidak kayuh ke situ...dah tentu azab nanti...

Layan.....

Laluan ini baru di buat...jika dulu tiada lagi pencawang di kawasan ini....jaringan cable voltan tinggi ini menuju ke Batang Berjuntai....

Turun dari bukit pencawang....menuju ke kawasan lapang tanaman durian serta pokok kayu gaharu....laluan ini ditutup dengan zink besi menyebabkan kami terpaksa memikul basikal di tepi tebing untuk meneruskan semula kayuhan...

Agak keliru dengan keadaan laluan trail ketika ini...menghantar rider-rider yang kuat untuk recce laluan keluar....nasib baik terserempak dengan pengusaha kebun ini...boleh lah bertanya tentang laluan keluar....sebenarnya tidak jauh tersesat pun....kolam pancing ikan yang terkenal dahulu sebagai port pemancing sudah lama terbiar....menyebabkan laluan sukar dikenalpasti...

Berkumpul semula di kawasan Felda Sungai Buaya sebelum meneruskan semula kayuhan....ada rakan kayuhan lain yang ingin pulang awal dan ada juga yang masih lagi tidak puas untuk berkayuh...

Seramai 9 orang pengayuh daripada 34 orang telah meneruskan kayuhan ke ladang kelapa sawit "WaterFall"...manakala yang lain menuju ke starting point di Restoran Alinas Prima Beruntung....

Anak sungai semasa menuju ke perkampungan orang asli.....berdekatan dengan Bukit Rumput yang merupakan kawasan penanaman sayur-sayuran....namun disebabkan sudah lama tidak masuk ke sini..kami telah tersesat dan tidak menjumpai perkampungan serta bukit rumput tersebut....tidak pasti macam mana boleh tersesat masuk ke dalam ladang sawit....

Setelah puas mencari jalan seterusnya...kami mengambil keputusan untuk berpatah balik apabila mendapati laluan semakin menjauhi Sungai Buaya...berpatah balik ke Felda Sungai Buaya dengan keadaan kehampaan.....laluan di cari tidak ditemui....mungkin lain kali akan berkayuh semula ke sini....

Sampai semula di Felda Sungai Buaya...berhenti rehat di kedai runcit sambil refill semula air.....ada lagi 5km baki sebelum sampai di Prima Beruntung....

Tercapai juga hasrat untuk berkayuh di Sungai Buaya...walaupun matlamat serta objektif kayuhan tidak tercapai....

In Sya Allah.....akan datang semula untuk berkayuh di sini....mungkin bantuan rider-rider tegar dari geng Sungai Buaya diperlukan kali ini bagi menunjukan laluan yang sudah banyak berubah....tunggu di lain waktu...

No comments:

Post a Comment