Tuesday, 26 January 2010

Recce Trek Prima Beruntung-Sg.Buaya Bersama KLMBH

Minggu ini, kayuhan kami bermula di Guard Post Prima Beruntung bersama group KLMBH. Kayuhan bermula pada pukul 9.10 pagi bersama 4 peserta KLMBH yang terdiri dari Mr.Huang (HYH),isteri dan rakan-rakan. Kami terdiri dari 9 orang yang diketuai oleh saudara Anwar. Laluan trek Bukit Fed-Up memulakan kayuhan kami. Bukit Fed-Up merupakan bukit curam bertanah liat serta berair. Laluan ini agak licin dan basah. Kayuhan di sini memerlukan banyak tenaga.








Setelah sampai di puncak Bukit Fed-Up, laluan single trail menanti kami. Kami mengelarkan laluan ini sebagai “PRCC Single Trek). Laluan ini merupakan laluan single trek technical serta downhill yang curam. Kayuhan dilereng bukit getah beserta akar pokok yang bersilang-silang memang menguji skill setiap pengayuh. Jika tersilap teknik, maka tersembablah ke bumi. Laluan ini, terdapat 2 anak sungai yang perlu diharungi. Acara mengangkat basikal amat sesuai tetapi bagi mereka yang ingin menguji kemahiran memang amat mengujakan. Laluan seterusnya adalah melalui kawasan tadahan air di Loji Air Sungai Buaya.








Kayuhan di tebing kolam tadahan air yang berwarna seperti air teh tarik ini amat mendebarkan. Jika tersilap langkah maka….mandi lah nampaknya. Kemudian kami melalui tembok ampangan.. Tetapi hati-hati jangan sampai terpijak pipe PVC yang terdapat disitu.

Setelah keluar dari kawasan loji air, kami memasuki kawasan berbukit. Pendakian di bukit ini sungguh memenatkan sehingga kami berhenti beberapa kali untuk menghilangkan letih. Seterusnya kami menjumpai laluan downhill menuju ke kawasan single trek yang kali lalui tadi. Setelah berpatah balik, kami menjumpai satu lagi laluan sehingga menuju ke loji air semula.




Seterusnya, kami memasuki laluan tarmac di Felda Sungai Buaya dan kemudianya berhenti rehat disebuah kedai runcit untuk minum. Selepas itu laluan kami ke Prima Beruntung melalui single trek kebun getah dan seterusnya laluan trek kebun getah di Prima Beruntung melalui bukit 3 tingkat. Setelah menuruhi downhill, kami pun sampai di Guard Post Prima Beruntung pada pukul 1.15 tengahari.
Seterusnya, kami berbincang untuk memasuki semula kawasan trek pada keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment