Wednesday, 13 January 2010

Kayuhan Bkt.Beruntung-Bkt.Tagar-MK Land (45km)

Hujung minggu yang lalu, kayuhan awal tahun dimulakan dengan mengimbau kembali trek yang telah setahun tidak dilalui.Laluan Bukit Tagar sejauh 45km dengan laluan ladang kelapa sawit, trek berpasir ditepi sungai dengan pemandangan kolam-kolam ikan serta kandang lembu dan juga kambing. Disepanjang laluan kami dihidangkan dengan laluan landai dan serta berbukit.
Di awal kayuhan, kami melalui jalan tarmac berbukit sejauh 5km.Di sini kami telah terserempak dengan kumpulan basikal "Associated CycloSoportif Trekkers" (ACT) seramai lebih kurang 30 orang bersama marsyhal motocross & pickup 4x4. Kumpulan hanya memakai besikal berjenama "Giant" sahaja. Kami telah melencong ke laluan off road sambil meninggal kumpulan basikal giant.





Laluan off road berbukit di ladang kelapa sawit memulakan cabaran kayuhan kami pada hari ini. Dengan pendakian yang agak curam beserta upah downhill yang sedikit mengujakan.



Kemudian laluan berpasir di tepi kolam ikan serta ladang lembu disajikan. Laluan ini berdebu serta berpasir ini cukup santai dan besahaja. Di sini terdapat banyak burung hijrah (burung benua) yang disinggah semasam berlaku pertukaran musim.




Semasa kayuhan di laluan ini, kami telah terserempak dengan salah seorang pengayuh wanita dari kumpulan giant yang telah ditinggalkan di belakang tanpa ditemani oleh swepper. Secara kebetulan, laluan kami adalah sama iaitu menuju ke Bukit Tagar. Tetapi tindakan kumpulan tersebut meninggalkan ahli kumpulan jauh dibelakang tanpa swepper adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh kumpulan basikal yang lain.Bergerak secara berkumpulan tidak bermakna jika terdapat ahli kumpulan yang tertinggal ke belakang.



Hampir 5km kayuhan, baru kami terserempak dengan swepper kumpulan tersebut dan seterusnya kami melakukan pendakian. Kami namakan bukit terseut "Bukit Surau", kerana terdapat sebuah surau di atas bukit tersebut.



Kayuhan seterusnya menuju ke Bukit Tagar. Kami sampai ke Bukit Tagar pada pukul 11.30pagi. Laluan kami ke Taman Bunga Raya,MK Land agak mencabar kerana terpaksa melintasi jambatan yang telah runtuh akibat hujan lebat. Kami terpaksa memikul basikal untuk melintasi laluan ini.




Seterusnya laluan off road kelapa sawit sejauh 5km menuju ke MK Land.Kami menghabiskan kayuhan pada pukul 12.45 t/hari sambil  berhenti berehat di gerai makan tepi Tesco Distribution Bukit Beruntung. Ketika ini kami dapat melihat pengayuh-pengayuh besikal giant baru menamatkan kayuhan di bawah sinaran mentari yang terik.




















Tetapi hidangan air sirap bandung memang sungguh menyegarkann.........








No comments:

Post a Comment