Tuesday 1 February 2022

Tangga Putrajaya Step - Icon Baru d'Putrajaya - 30 January 2022

Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di Putrajaya disebabkan pendemik Covid-19, minggu ini menghabiskan masa di sini sambil melayan Tangga Putrajaya Step yang terletak di Taman Putra Perdana.Icon terbaru yang terdapat di Putrajaya dan mempunyai daya tarikan pelancong ke sini. Tangga ini merupakan cetusan idea daripada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan pembinaan tangga ini bersempena dengan sambutan 25 tahun Jubli Perak Putrajaya.    

Dibina di atas cerun ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana, Tangga Putrajaya Steps ini mewujudkan jaringan kesinambungan laluan pejalan kaki dari Dataran Putra menerusi Laman Perdana naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana dan seterusnya ke Hote Pusle Grande. Dengan ketinggian dianggarkan 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter, binaan tangga ini diinspirasikan daripada beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins di Ukraine dan tidak ketinggalan juga Batu Caves di Malaysia.

Dah lama tak berlari di Putrajaya....sejak pendemic ini, banyak aktiviti yang tertangguh serta tiada lagi sebarang acara larian serta aktiviti sukan dianjurkan...

Tidak berapa ramai di awal pagi.....sampai pada pukul 8.30 pagi....parking kenderaan di kawasan parking awam berhampiran....

Bersama wife pada pagi ini....buat peneman semasa berlari.....sebenarnya dah lama sangat tak berlari di luar....kalau berlari pun atas treadmill jea....

Mercu tanda di Taman Putra Perdana....Plaza Mercu Tanda...

Di atas puncak Taman Putra Perdana....tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga....berjogging atau berjalan sambil melayan pemandangan di sekitar Putrajaya dari atas puncak...

Laman Megalit....salah satu tarikan di taman ini....terdapat pebagai batuan di sini...

Dah macam kubur pulak...batuan yang dipacak di sini....tak ramai orang di kawasan ini.....terasa tenang dan damai sahaja....


Jadilah dapat 4km jea....next time lari lagi....ini pun sebab dapat beli kasut dekat Mitsui....kasut lama dah lama koyak dan tapak tertanggal....ada sales sempena CNY sampai 70% sebab tuu sambar kasut Brooks Ghost 13.....

Pusing-pusing taman jea....dapatah naik tangga nie...3 kali...letih jugak naik tangga nie...mengah sesak nafas dibuatnya....

No comments:

Post a Comment