Sunday 16 January 2022

Kayuhan Pembuka Tirai 2022 @Tasik Widuri - 16 January 2022

Kayuhan pembuka tirai tahun 2022, di laluan trail Tasik Widuri. Ber"offroad" minggu ini walaupun hampir sebulan setengah tidak berkayuh. Sibuk dengan aktiviti lain di hujung tahun, hanya berpeluang untuk berkayuh pada minggu ini. Kayuhan santai jea sebab dah lama tak berkayuh. Lagi pun lepas dapat suntikan booster, badan tak berapa nak ok sangat, tak mahu push sangat sebab sejak kebelakangan ini banyak sangat kes serangan jantung semasa berkayuh basikal. Perlu ambil langkah berjaga-jaga dan berkayuh ikut kemampuan diri masing-masing.

Kayuhan pagi ini bermula dari Kedai Ajiz menuju ke Tasik Widuri. Ada rider yang sudah menunggu di tepi tasik dan kayuhan bermula  pada pukul 8.15 pagi. Kayuhan santai mengelilingi Tasik Widuri dan selepas itu berkayuh di Bukit Widuri pula. Kayuhan pagi ini terdapat dron yang mengambil gambar semasa di awal kayuhan disekitar Tasik Widuri. 


Sudah lama tidak ber"offroad"... pagi nie kayuh santai jea...badan pun tak fit lagi....lepas dapat vaccine rasa macam lemah jea...

Seramai 10 orang pengayuh jea yang berkayuh pada pagi ini....tidak ramai seperti selalu....ramai yang ada urusan masing-masing...

Cantik cuaca pada pagi ini....lagi pun sudah hampir seminggu lebih hujan tidak turun dikawasan ini...jika turun pun hanya renyai-renyai...keadaan trail yang kering dan agak berdebu....

Pelbagai aktiviti air yang terdapat disini...meriah di waktu petang dengan kayak serta menaiki bot mengelilingi tasik....gerai makan pun banyak dan pelbagai makanan disediakan...hanya waktu malam, kawasan ini ditutup...

Berkumpul dulu sebelum memulakan kayuhan....

Gambar yang dirakam di dron diawal kayuhan....dron tak follow sampai masuk ke dalam trail...

Dron memantau dari atas....

Pemandangan dari dron....kawasan perumahan di sekitar tasik...

Suasana yang mendamaikan di waktu pagi....

Terdapat gerai yang dibuka di awal pagi untuk bersarapan....ramai yang datang bersama keluarga untuk bersarapan....tidak semua gerai yang dibuka...hanya nampak sebuah gerai sahaja yang beroperasi pada pagi ini...

Laluan offroad bermula....

Laluan agak kering & berdebu....terdapat banyak susur berlongkang di laluan trial yang boleh menyebabkan basikal terbabas jika tidak peka dengan laluan trail...sedikit agak bersemak...

Bergambar dalam trail dulu.....tunggu rakan lain yang masih di belakang....

Pokok tumbang...next time kena buat kerja-kerja maintenance ini...kena bawa chainsaw untuk clearkan pokok yang menghalang laluan...

Laluan agak bersemak dan banyak dahan ranting pokok yang tumbang....

Rakan rider yang pancit tayar disebabkan terlanggar duri pokok kelapa sawit....lepak dulu ambil nafas sementara menunggu tayar siap....

Cukup lah untuk permulaan tahun 2022...diharapkan tahun ini akan lebih mileage berkayuh dan kesihatan diri dapat dijaga....maklumlah dah pertengahan 40 series ini kena fikir pasal kesihatan diri....

Next week,,,,in sya Allah kayuh lagi....semoga kesihatan tahun ini akan lebih baik lagi daripada tahun lepas....
Berkayuh Untuk Kesihatan...

No comments:

Post a Comment