Monday, 27 June 2022

Family Trip @Kuala Mu, Sungai Siput Perak - 25 June 2022

Percutian hujung minggu bersama keluarga yang tidak dirancang tetapi saat akhir menjadi kenyataan. Pada mulanya, perjalanan ke Kuala Mu secara convoy menaiki motosikal bersama rakan-rakan namun disaat akhir terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, ramai yang menarik diri. Disebabkan chalet sudah ditempah dan bayaran deposit telah dibayar, maka perubahan terpaksa dibuat dan akhirnya perjalanan kali ini bersama family. Bergerak dari Bukit Beruntung ke Post Kuala Mu pada pukul 9.45 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tersangkut di highway selama lebih kurang 1jam disebabkan lori yang terbalik sebelum exit Bukit Tagar. Tidak berhenti dimana-mana, hanya berhenti untuk bungkus makanan tengahari  di Sungai Siput sebelum menuju ke Kuala Mu. 

Jarak dari pekan Sungai Siput ke Kuala Mu lebih kurang 60km dan mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. Keadaan jalan agak baik kerana banyak lubang sudah diturap semula. Pemanduan di 18km yang terakhir menguji kemahiran serta keupayaan kenderaan kerana banyak laluan mendaki serta curam. Kelebaran jalan semakin sempit apabila menghampiri Kuala Mu. Post Kuala Mu merupakan perkampungan Orang Asli yang paling hujung. Sebelum itu akan melepasi Pos Perwor, RPS Legap, Pos Yum & Pos Poi. Hati-hati ketika memandu di sini disebabkan banyak kenderaan bermotor anak-anak orang asli di laluan ini. Faham-faham sahaja lah akan kelajuan mereka memecut di kampung mereka. Tetapi ramai yang melambai tangan semasa berselisih dan mereka nampak mesra dengan orang luar.


First time sampai di Kuala Mu. Sebelum ini hanya membaca dan melihat pengalaman orang lain yang pernah ke sini... ramai yang teruja dengan keindahan serta keasyikan disini...memang cantik pemandangan di sini....aman damai serta sejuk di waktu malam...

Beberapa pos perkampungan orang asli yang perlu dilalui....hati-hati, jangan sampai tersalah masuk simpangan... tersilap masuk simpang, sampai nak menuju ke Pos Poi...nasib baik perasaan tersalah jalan...

Air sungai yang sejuk serta dingin....memang mengigil kalau mandi....disini merupakan pertemuan antara 2 sungai iaitu sungai yang mengalir dari Kelantan dan juga Perak....air cetek namun deras....air jernih disebabkan tidak hujan, jika hujan pasti keroh dan berlumpur....

Lepak tepi sungai sambil menikmati secawan kopi Nescafe....sungguh menyegarkan...

Pondok kami berteduh pada malam ini...hanya berdindingkan buluh serta beratapkan daun rumbia...sebijik macam rumah orang asli....walaupun biasa-biasa tetapi tetap selesa untuk tidur....tapi waktu malam sememangnya sejuk dan mengigil....tidur pakai sleeping bag...kalau tak memang beku jawapnya...


Mandi petang...ramai pengunjung yang berkhemah pada minggu ini....penuh disepanjang sungai...chalet pun semuanya penuh ditempah....di sini merupakan chalet Kampung Gepeh Hilir, manakala diseberang sungai pula ,merupakan chalet Dusun.... disini terdapat 3 chalet yang boleh bermalam iaitu  Chalet Kampung Gepeh Hilir, Chalet Dusun dan Chalet Kampung Bersah. Tetapi Chalet Kampung Bersah nampak lebih cantik serta kemas. Chalet Kampung Bersah merupakan chalet yang pertama dijumpai apabila memasuki Pos Kuala Mu

Jarak sejauh 260km dari Bukit Beruntung menuju ke Pos Kuala Mu. Dengan temph perjalanan lebih kurang 5jam lebih sambil berhenti untuk berehat di Pekan Sungai Siput.

Masa perjalanan menjadi lewat disebabkan kemalangan di exit Bukit Tagar semasa awal perjalanan. Terperangkap selama lebih kurang satu jam.

No comments:

Post a Comment