Monday, 6 June 2011

Hatyai Jamboree Part II 2011 - 4 June 2011

Hatyai Jamboree Part II merupakan acara jamboree yang disertai diluar Malaysia. Merupakan acara tahun kedua setelah berjaya pada tahun lepas. Bertempat di tempat yang sama seperti tahun lalu iaitu di Hatyai Municipality Park. Penyertaan kali ini lebih ramai berbanding tahun lepas dengan 1000 penyertaan. Seperti tahun lepas, penyertaan kali ini terdiri daripada pengayuh dari Malaysia berbanding daripada warga tempatan. Penganjuran kali ini juga adalah lebih mantap.Tahniah kepada pihak penganjur (Sri Suwandee Bicycle Shop & Thai Track Zone)

Distance : 42.9 kilometers
Moving Time : 2 hour 50 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 46.7 km/hour
Moving Avg : 15.1 km/hour


Tak sangka antara peserta terawal mendaftar....

Menuju ke starting point...


Kawasan sekitar Hatyai Municipality Park dikawal ketat oleh tentera Thailand disebabkan oleh acara sambutan ulang tahun Raja Thailand....

Breakfast disediakan oleh pihak penganjur......

Rakan MTB dari TM Bikers turut serta kayuhan kali ini... tidak kurang dari 20 orang...


Crew @ mashall dari Thai Track Zone...ramai crew yang terlibat dalam jamboree kali ini...

Bersama Bro. Alloi dari TM Bikers....


Starting Point...

Ucapan terima kasih dari Mr.Teoh selaku penganjur....
Tahniah kepada Mr.Teoh diatas penganjuran yang mantap berbanding dengan tahun yang lepas...




Bersama Anuar Manan.....

Kayuhan bermula tepat jam 7.30 pagi waktu Thailand.... (8.30 pagi waktu Malaysia)



Antara gambar yang sempat diambil semasa kayuhan....laluan concrite paling tinggi disepanjang kayuhan...420ft



Sampai di garisan penamat, bersama rider dari Langkawi...



Kagum dengan peserta dari Ipoh nie (tengah) kerana mampu menghabiskan kayuhan walaupun dengan kecacatan pada kaki....
Lelaki tersebut kudung kaki kanan sampai paras peha...memakai kaki besi tetapi berjaya menghabiskan kayuhan... terserempak semasa di Check Point terakhir, tersentuh hati melihat kegigihannya menolak basikal semasa mendaki bukit.... "bertapa bertuahnya kita",,,,, 

Bersama TM Bikers selepas menamatkan kayuhan...


Menaiki Tut-tut menuju ke Si Nakron School untuk dinner...

Pentas Utama....Dewan Utama Si Nakron School

Jamuan makan malam....



Persembahan tarian... 

Laluan sejauh...43 kilometers...


Semasa mengambil goodies...



Secara keseluruhannya, Hatyai Jamboree Part II kali ini memang mantap dari segi persiapan dan juga persediaan. Laluan trek yang pelbagai serta downhill yang mengujakan dan laluan yang berkanopi memang memberikan kepuasan kepada setiap pengayuh. Tahniah kepada Mr. Teoh di atas penganjuran jamboree yang hebat dan mantap...Hatyai Jamboree pada tahun hadapan pasti dinanti......



No comments:

Post a Comment