Tuesday 5 July 2011

Kayuhan Sejuk D' Thompson Trail - 3 July 2011

Thompson Trail yang terletak di kawasan Tanah Tinggi Cameron Highland merupakan trek yang perlu dirasai dan dinikmati oleh setiap pengemar mountain bike. Kayuhan yang telah dianjurkan oleh KayuhBeb dan diberi nama "Kayuhan Sejuk Di Musim Panas" telah menarik minat seramai 70 orang untuk menyahut cabaran kali ini.
Di awal paginya, hujan renyai-renyai telah turun dan suasana sejuk mula dirasai. Perasaan berdebar-debar semasa briefing kerana kayuhan kali ini pasti memberi sedikit cabaran walaupun ini bukan kali pertama PRCC berkayuh di Thompson Trail. Tetapi setelah lebih kurang 3 kilometers berkayuh, hujan mulai berhenti dan suasana mendung dan dingin memberi suasana yang sesuai untuk meneruskan kayuhan.


Bergambar beramai-ramai sebelum memulakan kayuhan.....

Wakil PRCC... bersemangat...



Peserta bersiap sedia mendengar briefing dari KayuhBeb sambil hujan renyai-renyai mulai turun...


Bergambar sebelum memulakan kayuhan....

  
Pit Stop... sebelum memulakan downhill sejauh 8 kilometer



Laluan ini hanya kami bertiga jea yang lalu...sebab nak laju sangat tersesat ke laluan kebun sayur...

Mengedarkan gula-gula kepada kanak-kanak orang asli.... peluang ini tidak kami lepaskan setiap kali menjejakkan kaki di sini. Seronok melihat anak-anak orang asli menyambut kami setiba di Pos Monsoon... 



Trademark "Pos Monsoon"

Tak sempurna kayuhan di Thompson jika tidak bergambar di sini...



Peluang untuk menghilangkan penat sebelum memulakan laluan mendaki setelah puas melayan downhill.....

Melintasi Highway Cameron Highland - Kuala Lipis

Pendakian bermula....pada ketika ini berada pada paras 2000ft....

Menuju ketinggian 4627ft (puncak Boh)...

Pit Stop seterusnya, perkampungan orang asli...

Pembahagian gula-gula yang seterusnya....

Azam, Josh dan Fairuz tak melepaskan peluang memberikan gula-gula....


Suasana bertambah meriah... kanak-kanak orang asli semakin ramai berkumpul untuk menikmati bekalan yang kami bawa....Josh membawa berbungkus pek mamee, coklat serta gula-gula...gembira melihat telatah anak-anak orang asli walaupun kami tidak berapa faham percakapan mereka...

Pendakian seterusnya di Lembah Bertam....

Sungai Bertam....

Mendaki dan terus mendaki.....

Sampai di perkampungan orang asli yang terakhir.... Kampung Panggen...


Sampai di ladang teh Kuala Boh pada pukul 12.00 pm....

Ketika ini, tiupan angin sungguh dingin... memberikan semanggat untuk meneruskan kayuhan


Mengimbau semula kenangan pada tahun 2009.....

Bukit Meluat...menuju ke kedai Achi...

Pekerja ladang....


Dah nak sampai dah.......

Pendakian yang terakhir....

Sampai di puncak Boh pada pukul 1.25pm


Tak lepaskan peluang untuk minum teh dahulu sebelum turun....


Kayuhan sejauh 46 kilometer

Puncak Boh paling tinggi...4627ft....

No comments:

Post a Comment