Wednesday 7 December 2011

Kayuh Lasak 2011 : KAW Ride - 4 December 2011

Kayuh Lasak 2011 edisi ke-9 dengan slogan "KAW Ride" memang sesuai sesangat dengan trek yang dihidangkan. Memang KAW...KAW...KAW... tak ada yang "Kaw" selain Kayuh Lasak. Rata-rata semua riders mengakui kayuhan memang..KAW!!!



Di starting point... bersama Nuar,Azam,Afitz dan Basri serta Fairuz...

Fairuz....dengan baju "Specialized" sebagai trademark...

Nuar, Afitz dan Basri sudah bersedia untuk memulakan kayuhan...

Azam... memunggah tong sampah mencari plastik untuk membalut handphone disebabkan hujan mulai turun membasahi Komplek Sukan Balik Pulau...pasti cabaran akan bertambah disebabkan oleh laluan licin dan berlumpur

Riders mula resah disebabakan hujan mulai turun...

Trafic Jam dipermulaan climbing... ramai peserta menolak basikal daripada berkayuh. Jumlah peserta yang ramai memang menyumbangkan kepada kesesakan....tolak ramai-ramai...

Trafic jam lagi...laluan meyeberangi sungai akibat jambatan rosak....di sini lah titik tolak dimana ramai riders tidak dapat meneruskan kayuhan disebabkan time out yang singkat dan terlampau lama membuang masa beratur untuk menyeberangi sungai...
Ada riders yang terpaksa beratur selama 1 jan 45 minit semata-mata untuk melintasi sungai yang agak deras...

Climbing di laluan konkrit...

Menuju ke Check Point 4....

Basri...BB7

Azam di Check Point 4.... air dah habis, nasib baik bekalan air kat water bag masih ade separuh lagi... kesian kepada riders yang kehabisan air....

Ramai riders keletihan...sambil kehausan tanpa air...

Hanya sampai di Check Point 5 sahaja disebabkan "time out" walaupun sampai pada pukul 12 tengahari... agak kecewa kerana tidak dibenarkan meneruskan kayuhan...mungkin ini sebagai pendorong untuk menyahut cabaran pada tahun hadapan...

Jarak kayuhan sejauh 31.1 kilometer sahaja...

Sampai pada hari sebelumnya untuk mengambil plate number...


Pengambilan plate number...

Briefing oleh pihak penganjur pada malam sebelum kayuhan...


Bertanya soalan dengan pihak penganjur....mencari kepastian...

Laluan sejauh 55 kilometers... tapi apakan daya... kita hanya merancang... tahun depan ada lagi, kita kayuh lagi...

Diner.... booth makanan memang banyak... macam-macam makanan ada...




Wajah-wajah juara...Tahniah!!!

Jumpa lagi tahun depan untuk Kayuh Lasak 2012....mungkin lagi KAW !!! Kepada mereka yang berjaya diucapkan tahniah....kepada yang kecundang, kita cuba lagi tahun depan....

No comments:

Post a Comment