Sunday 8 July 2012

Dusun MTB Ride 2012 (25Km) - 7 July 2012

Dusun MTB Ride 2012 telah berlangsung di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) di Behrang, Tanjung Malim, Perak. Acara yang telah menarik seramai lebih kurang 600 penyertaan. Permulaan yang kurang memuaskan seawal mengambil goodies apabila banyak peserta yang tidak  mendapat no. plate masing-masing. Petanda buruk seawal acara menjadi semakin buruk semasa acara berjalan di keesokan harinya. Tidak perlu diulas panjang jika segala perancangan diuruskan dengan rapi tanpa sambil lewa. Semoga semangat pengayuh lain tetap membara untuk berkayuh di jamboree yang lain....

No.Plate photostat....alasan penganjur no. plate hilang

Di starting point...


Susun atur peserta kurang memuaskan disebabkan tiada arahan yang jelas dari pihak penganjur...


No.plate versi baru....hanya ditulis pada goodies bag dan digantung di handle bar...
(Diminta penganjur lain, Jangan Tiru Aksi Ini)

Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi...

Laluan road sejauh 13 kilometer...

Laluan off road bermula....




Pemandangan dari puncak bukit...

Tinggi bukit nie....ramai yang menolak dari berkayuh...




Sampai juga di garisan penamat....

Berehat sampai minum air mineral berharga RM1 sebotol...
Ingatkan "FREE" (diminta sekali lagi kepada bakal penganjur jamboree,Jangan Tiru Aksi Ini)


Profile ketinggian...puncak paling tinggi 750ft...

Keseluruhan trek sejauh 25 kilometer....

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kayuhan Dusun MTB Ride 2012 dengan selamatnya. Ahkir kata, kepada bakal penganjur "Jangan Tiru Aksi Ini" !!!

No comments:

Post a Comment