Suasana sawah bendang, tali air serta batas sawah memang sesuai dengan konsep kayuhan pada tahun ini. Namun terdapat sedikit kekecohan apabila para peserta "front rider" telah tersalah laluan di awal permulaan offroad. Kesilapan ini disebabkan oleh tiada marshal yang menjaga simpang serta tanda "arrow" yang tidak kelihatan dan hanya ribbon "trek" sahaja yang direntang di tepi laluan. Mungkin ini memberikan kekeliruan kepada peserta. Tanda arah selepas itu pun banyak yang menggelirukan terutama di simpang jalan. Selain itu ramai peserta yang tidak mendapat t-shirt jamboree mengikut size masing-masing.
Kekurangan pada tahun ini berbanding tahun lepas diharapkan akan diperbaiki pada tahun hadapan...ini kerana jarang sekali event di bahagian utara dikritik oleh oleh para riders....tetapi pihak penganjur pasti mengharapkan yang terbaik untuk setiap peserta, apa-apa pun tahniah kepada pihak penganjur untuk Kayuh Bendang Edisi Ketiga pada tahun ini....
Distance : 52.9 Kilometer
Moving Time : 2 Hour 35 Minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 53.9 Km/h
Moving Avg : 20.4 Km/h
Solo rider.....
One Stop Cycle Shop merupakan penaja utama.....
Suasana di pesekitaran tempat letak kereta Pusat Perdagangan Bertam Perdana...
Para peserta mempersiapkan jentera masing-masing...
Tempat pelepasan yang sama seperti tahun lepas...
Bersiap sedia di tempat permulaan....
Paramotor Glider mengambil gambar dari ruang udara...
Kayuhan bermula pada pukul 7.40 pagi..
Laluan road sejauh 4 kilometer.....
Memasuki laluan offroad....di laluan inilah berlaku kesilapan apabila front rider tidak membelok kekiri untuk memasuki laluan kelapa sawit.....
Suasana menarik dan nyaman di waktu pagi....
Melintas laluan keretapi selepas Check Point yang pertama.....
Sedikit climbing....
Menuju garisan penamat....
Sampai di finishing line pada pukul 10.18am....
Peserta yang sampai di garisan penamat....
Bersama Madkrie @ MTBRide On Rock...
Puncak paling tinggi...265ft...
Jarak keseluruhan sejauh 53 kilometer....
No comments:
Post a Comment