Sunday 28 October 2012

KLMBH Hash #217 Kuala Kubu Baru @ Kg. Gerachi Jaya "This Looks Like Hell" - 28 October 2012

KLMBH Hash #217 Kuala Kubu Baru @ Kg. Gerachi Jaya telah berlangsung berhampiran kawasan perkampungan orang asli sebelum sampai di Empangan Kuala Kubu Baru. Slogan "This Looks Like Hell" memang bertepatan dengan corak kayuhan pada kali ini. Memang tidak dapat dinafikan cabaran kayuhan bersama KLMBH lebih mencabar daripada kebanyakan jamboree. Trek kayuhan semestinya menguji segala mental dan fizikal. Banyak kemahiran dapat diasah setiap kali menyertai hash kerana trek yang dihidangkan merangkumi segala aspek kayuhan terutama climbing, singletrek teknikal, downhill yang mengujakan serta drop yang menguji keyakinan dan juga kemahiran.

Seperti biasa, enam ahli PRCC bersama 100 orang pengayuh yang lain menyahut cabaran pada kali ini. Walaupun kayuhan pendek pada kali ini, tetapi ia cukup mengoyangkan metal serta melemahkan fizikal.

Distance : 9.21 kilometer
Moving Time : 1 hour 22 minutes
Max Speed : 49.8 km/hour
Speed Avg : 6.7 km/hour


Afitz,Mie Cha,Babat,Nuar,Azam,Basri


Berkumpul di kawasan berhampiran Ampangan Kuala Kubu Baru...


Peserta dari sekitar Lembah Kuala Lumpur & Selangor....


Briefing oleh Ying How...

Kayuhan bermula pada pukul 9.30 pagi....

Awal-awal dah climbing tarmac....


Ceria sampai di puncak...



Permandangan Ampangan Kuala Kubu Baru....sungguh menarik...

Ceria macam dah habis kayuhan, tetapi sebenarnya kayuhan baru bermula....banyak lagi azab selepas ini...


Pemandangan jalan menuju Fraser Hill....

Turun dari cerun bukit...

Curam....


Downhill ladang kelapa sawit...


Uphill....

"Take 5" dulu....

Uphill lagi.....

Aduh....tingginya bukit nie...

Menara pemancar telekomunikasi...sudah sampai puncak...

Letihnya....

Perkampungan Orang Asli Kg. Gerachi Jaya....

Long atau Scenic ?????

Selamat sampai di starting point....

Fuuuyooo.... puncak paling tinggi 1257ft....patutlah kayuh tak sampai-sampai, tinggi rupanya....

2 comments:

  1. Bro, saya newbie MB. Data jarak kayuhan, speed tu pakai odometer brand apa, berapa harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai Cateye Strada Wireless...harga kalau tak silap RM120...

      Delete