Tuesday 30 April 2013

Kayuhan Mencari Hassan..... 28 April 2013

Kayuhan Mencari Hassan......??? Sarjan Hassan ke?? ini bukan zaman perang Jepun, Hassan Ali ke??? ini bukan cerita lompat-lompat dekat blog politik...., Hassan Merican??? ini bukan cerita pasal harga minyak....tapi hanya lah Hassan BB7 yang merancang akan melangsungkan perkahwinan anaknya pada bulan hadapan.  

Sempena hari persandingan tersebut, satu kayuhan fun ride telah dirancang bagi meraikan keluarga pengantin. Kayuhan pada kali ini adalah untuk menguji trek yang disediakan bagi memastikan keadaan laluan selamat dan sesuai untuk semua golongan. Jarak kayuhan sejauh 35kilometer dengan laluan singletrek, pendakian, downhill serta laluan teknikal yang akan menguji kekuatan mental dan fizikal peserta.


Babat-Basri-Josh-Bart Anthem-Kulaan-Anaz-Abun-Hasuat

Singletrek Widuri....

Laluan teknikal...banyak akar kayu serta lopak air...


Pendakian....

Downhill pulak...

Lepak dulu di laluan menuju Bukit Tagar....

Kawasan berhampiran Bukit Beruntung Golf Club....


Laluan road.... cuaca panas terik...

Pendakian tarmac yang panjang serta memenatkan...

Pemandangan BB Golf Club....

Downhill tarmac....

Laluan yang sudah lama tidak dilalui....last berkayuh di sini pada tahun 2009....menjadi kenangan...


Laluan yang menarik....tidak seperti dulu...  

Pokok tumbang.....

Kawasan terbuka....laluan lapang dan berpasir...



Pemandangan disekitar Bukit Beruntung.....

Menuju ke Kiosk Ajiz....laluan penuh dengan bendera parti yang bertanding....kehangatan pilihanraya terasa....

Banyak pendakian....mungkin perlu di "adjust" semula kerana kayuhan nanti berbentuk fun ride... 

Laluan sejauh 35km.....


No comments:

Post a Comment