Monday 20 May 2013

Sutama Cyclo MTB Jamboree 2013 - 19 May 2013

Minggu ini berjamboree lagi... kali ini di Sutama Cyclo MTB Jamboree 2013 yang telah berlangsung di Saujana Utama, Sungai Buloh. Acara telah dianjurkan oleh Sutama Cyclo dengan penyertaan lebih kurang 1200 penyertaan. Walaupun tarikh acara telah ditunda disebabkan oleh Pilihanraya Umum pada 5 May yang lalu tetapi penyertaan tetap memberangsangkan serta meriah.

Trek yang dihidangkan memang menarik serta mencabar mental dan fizikal. Pendakian ke puncak bukit seperti Bukit Sayur,Bukit Babi, Bukit Penat, Bukit Lereng serta Bukit Kapal Terbang memang cukup menguji keupayaan peserta. Laluan downhill yang mencabar keberanian serta kemahiran telah berjaya memberikan kepuasan kepada pengayuh walaupun ramai juga yang kecundang semasa menuruninya.

Secara keseluruhannya, jamboree kali ini berjaya memberikan kepuasan kepada peserta dengan persediaan yang mencukupi dari pihak penganjur dari segi penyediaan trek, water station, marshall di setiap lokasi, hidangan makanan tengahari yang berpatutan, keselesaan tempat acara serta susun atur acara yang sempurna. Tahniah kepada Sutama Cyclo.....


Distance : 29.0 Kilometers
Moving Time : 2 hours 25 minutes
Stopped Time : 16 minutes 47 seconds
Max Speed : 50.1 km/hour
Avg Speed : 12.0 km/hour


Lucky number.....

Prima Riders berkumpul semula di Sutama....

Di starting point....

Azam bersama geng PKNS.....

Mie Cha...wajah penuh debaran...

Kayuhan bermula pada pukul 8.20 pagi...


Laluan road sejauh 2km sebelum memasuki laluan offroad...


Menuju Bukit Sayur.....memang "sayur" lah climbing dia....

Sayup jea puncak Bukit Sayur...

Woow.... ramai yang menolak kat Bukit Sayur....

Climbing kat Bukit Babi pulak....

Azam & Nuar....

 
Tak pasti kat bukit nie banyak babi atau tidak.... atau ramai yang menyumpah cakap "babi"...dan sebab tu dipanggil Bukit Babi....tapi memang panjang climbing kat bukit nie...

Sesak... ramai rider menolak dari mengayuh...

Memasuki Zone 2.... kawasan sawit Elmina...pendakian di Bukit Penat pulak....memang penat pun...

Bergambar di Bukit Penat sambil menghilangkan penat...

Puncak Bukit Penat.... memang penat pun climbing kat bukit nie...

Menuju pulang....laluan road menuju garisan penamat...

Sampai di finishing line...


Puncak paling tinggi di Bukit Sayur...430ft...

Jarak keseluruhan...29 kilometers...

1 comment: