Sunday 15 December 2013

MTB Jamboree D'Paya Indah Wetland 2013 - 15 December 2013

Bertempat di Paya Indah Wet Land, Dengkil telah diadakan "MTB Jamboree D'Paya Indah Wet Land 2013" dengan penyertaan lebih kurang 1400 peserta. Jamboree kali ini seperti mempunyai sedikit kesinambungan dengan Gempak Hypertrax Rampage yang penah berlangsung pada bulan September yang lalu kerana terdapat sedikit persamaan dari segi laluan trek yang disediakan. Namun trek kali ini lebih panjang dan mencabar jika berbanding dulu.

Laluan road sejauh 7 km di awal kayuhan sebelum pendakian di ladang kelapa sawit dan seterusnya laluan landai di kawasan paya gambut yang sememangnya menyukarkan kayuhan. Walaupun landai namun ia tidak semudah yang disangkakan. Secara keseluruhannya, jamboree kali ini adalah antara yang terbaik sepanjang tahun ini. Pengurusan trek yang mantap dari segi tanda arah, marshall yang ramai di dalam trek terutama di simpang jalan, bekalan air yang mencukupi di water station serta makanan dan minuman tengahari yang lazat serta mencukupi dan juga tapak acara yang luas serta teratur dan tak lupa hadiah lucky draw yang mantap. Tahniah kepada Bro Annuar Salehan dan rakan-rakan yang telah berjaya menguruskan acara kali ini dengan sempurna.

Distance : 41.7 kilometers
Moving Time : 2 hours 25 minutes
Stopped Time : -
Max Speed : 44.8 Km/hour    
Moving Avg : 16.1 Km/hour



Bersama Fairuz sekali lagi....


Bersiap sedia di garisan permulaan...

Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi...

Bro Annuar Manan pun ada.....

Laluan road sejauh 7 km...

Offroad climbing....ramai yang mula menolak...



Wow.....ramainya....

Traffic jam lagi....



Menyusuri laluan tepi highway KLIA.....

Landai serta berpasir....

Laluan paya tanah gambut....memenatkan...


Water Station...Extra Joss....cukup melegakan...

Laluan paya gambut yang menyukarkan disebabkan berlumpur dan berselut....

Memasuki kawasan Paya Indah Wet Land....

Singletrek teknikal....


Sampai di garisan penamat.....


Finishing yang teratur dan tersusun....

Puas berkayuh....


Pendakian di awal kayuhan dan landai sehingga penamat....

Jarak kayuhan sejauh 41 kilometers.....

1 comment:

  1. Tahniah dan Terima Kasih sokongan Tuan terhadap event ini.
    Terbaik!

    ReplyDelete