Sunday, 5 January 2014

ARB Green Ride 2014 - 5 January 2014

Pembuka tirai jamboree untuk tahun 2014, ARB Green Ride 2014 yang telah berlangsung di Bandar Baru Tasik Puteri, Rawang. Acara kali ini telah dianjurkan oleh ARB Cycling Team dan telah menarik penyertaan seramai 600 peserta. Jarak kayuhan kali ini lebih kurang 40 kilometer dengan pelbagai bentuk muka bumi yang mencabar.

Pendakian di bukit Zig-Zag semasa Sungai Selangor Jamboree dahulu sememangnya dinanti-nantikan disebabkan pemandangan yang menarik dari atas puncak. Laluan trek yang disediakan memang cukup mantap, dengan pendakian yang banyak serta laluan downhillnya yang cukup panjang serta menyeronokan. Laluan selepas CP1 menuju CP2 memang terbaik dengan laluan downhill yang panjang serta berkanopi. Secara keseluruhannya, pembuka tirai jamboree pada tahun ini memang berjaya menghidangkan yang terbaik untuk peserta.


Distance : 40.3 kilometers
Moving Time : 3 hours 46 minutes
Stopped Time : 15 minutes 34 seconds
Max Speed : 46.9 km/hour
Avg Speed : 10.7 km/hour


Pembuka tirai jamboree pada tahun ini....

Hanya 4 wakil PRCC pada kali ini.....

Starting point....Briefing oleh Saudara Umar ARB....


Duduk kat belakang sekali....kayuh-kayuh santai jea....


Kayuhan bermula pada pukul 8 pagi.....

Laluan road sejauh 7km.....

Kayuhan bertenaga di awal kayuhan....


Pagi yang dingin....

Memasuki laluan offroad....

Climbing konkrit....licin...

Waaa....letihnya, baru 13km....

Layan downhill sebelum climbing....

Laluan berlumpur akibat hujan lebat sehari sebelumnya....

Menarik laluan di sini.....

Climbing ladang getah....

Boleh tahan jugak... pendakian kat sini....

Woow.....bukit lagi....

Layan singletrek pulak....

Sampai di ladang buah....banyak buah nangka yang sedang berbuah....

Pendakian yang ditunggu-tunggu...bukit Zig-Zag.....

Sayup mata memandang....

Tak larat....tolak jea laa basikal....

Pemandangan dari puncak....

Pendakian di laluan licin....

Licin sangat.... kena tolak basikal...

Tebing tinggi....tunggu giliran...

Downhill serta uphill di Twin Peak....sayup jea puncak yang nak kena daki ini...

Keletihan....tolak jea basikal asalkan sampai....

Puncak paling tinggi disepanjang laluan...Twin Peak...

Akhirnya sampai di garisan penamat....

Puas.....

Teruk basikal kali ini.... berlumpur...lepas ini kena service lagi....

Twin Peak merupakan puncak paling tinggi sepanjang laluan....

Jarak keseluruhan...40km

No comments:

Post a Comment