Sunday 13 April 2014

Kayuhan Jelapang Padi 2014 - 13 April 2014

Kayuhan Jelapang Padi 2014 merupakan penganjuran edisi yang ke-3 oleh Kuala Selangor Cycling Club (KSCC). Acara bertempat di Sekolah Kebangsaan Sawah Sempadan dengan matlamat bagi mengumpul dana untuk PIBG sekolah tersebut. Acara kayuhan sejauh 40km dengan laluan di sawah bendang mengingatkan kembali Kayuhan Bendang yang pernah disertai di Kepala Batas, Pulau Pinang pada tahun-tahun sebelumnya.

Laluan adalah landai tanpa pendakian. Offroad di ladang kelapa sawit serta disekitar sawah padi dengan suasana padi yang sedang menguning pada ketika ini kerana sekarang sedang musim menuai. Kayuhan santai serta disulami dengan laluan road serta offroad di sekitar Tanjung Karang.


Kayuhan santai di kawasan sawah padi Tanjung Karang....

Peserta di garisan permulaan....dianggarkan seramai lebih kurang 650 orang...

Rakan-rakan kayuhan dari Sungai Buaya CC....


Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi selepas briefing tentang laluan trek serta bacaan doa....

Kayuhan santai dan bersahaja... tak perlu berlumba-lumba....


Laluan landai di ladang kelapa sawit....

Ceria....

Rider down....rider down....terbabas di tepi parit akibat laluan berpasir dan berbatu....rider yang prihatin memberikan bantuan....

Peserta memperlahan kayuhan....melihat apa yang berlaku....kayuhan diteruskan semula...


Kayuhan di sawah padi yang sedang menguning.....menunggu masa untuk dituai....


Kawasan sawah yang telah siap dituai.....

Kayuhan bersama keluarga....

Menuju garisan penamat....


Sampai di garisan penamat.....


Selamat sampai.....pada pukul 10.07pagi....

Tahniah kepada Kuala Selangor Cycling Club di atas penganjuran acara kayuhan pada kali ini....

No comments:

Post a Comment