Sunday 24 August 2014

Kayuhan @Batang Kali - 24 August 2014

Mengimbau kembali kenangan nostalgia di Batang Kali semasa mula-mula berkecimpung dalam dunia MTB. Jika dulu, trek di sekitar Batang Kali merupakan trek yang menjadi pilihan terutama di air terjun Sungai Sendat namum apabila masa berlalu semuanya pasti berubah termasuklah laluan trail sudah tidak seperti dulu lagi.

Kawasan Batang Kali mempunyai pelbagai trek serta laluan singletrek yang menarik. Kenangan semasa "Epic Ride KLMBH" di kawasan air Panas Hulu Tamu serta Bukit Awan memang sukar dilupakan. Setelah hampir 2 tahun tidak berkayuh disini, banyak perubahan berlaku akibat daripada penerokaan tanah untuk pembangunan atau pun penanaman semula kelapa sawit.

Terima kasih kepada Bro. Reme serta Abg.Ajis yang sudi menunjukan jalan untuk berkayuh pada kali ini sambil mengembalikan kenangan lama....



Laluan road di Hulu Tamu....


Kayuhan road sejauh 4km....sebelum memasuki laluan offroad...

Offroad ladang kelapa sawit...


Rehat dulu....


Climbing lagi....

Pemandangan dari puncak bukit pertama....

Ambil nafas dulu....


Pit Stop....kawasan resort Restu Ibu...sebelum menuju ke Sungai Sendat....


Di puncak Bukit Lori....memang tinggi bukit nie....

Puncak bukit kedua.....

Terserempak dengan geng roadbike yang baru turun dari Goh Tong Jaya semasa menuju ke parking kereta....

2 puncak bukit yang berjaya ditawan....

Jarak keseluruhan sejauh 26km....

No comments:

Post a Comment