Sunday 21 September 2014

Avanti @Bukit Beruntung-Goh Tong Jaya - 21 September 2014

Minggu ini latihan persediaaan untuk Melaka Century Ride dengan berkayuh ke Goh Tong Jaya. Seramai 7 orang pengayuh menyahut cabaran kali ini dengan pendakian sehingga ke Cable Car Stesen Layang-Layang di Genting Highland. Kayuhan yang cukup memeritkan serta mencabar mental dan fizikal mengalahkan kayuhan century ride.

Pendakian dari kawasan perkelahan Sungai Pinang ke Goh Tong Jaya hanya sejauh 6.8km, namun azabnya cukup terasa. Terasa kaki masih belum cukup kuat untuk melakukan pendakian yang panjang. Latihan perlu digandakan bagi menyahut cabaran KOM Malaysian Cycling for All Jamboree yang akan diadakan pada bulan November ini.


Akhirnya berjaya sampai di Pondok Polis Bantuan di Goh Tong Jaya.....

Berehat seketika di kawasan perkelahan Sg.Pinang....selepas ini pendakian yang lebih mencabar...




Hampir sampai ke puncak....kaki terasa macam nak cramp....beberapi kali berhenti di tepi jalan....fffuuhhh, cukup memeritkan...

Terima kasih kepada abg.polis sebab bagi kebenaran untuk minum di restoran mamak di Goh Tong Jaya...kebiasaannya, terpaksa berpatah balik di kawasan ini.... atas budi bicara, kami diberikan perlepasan...


Restoran mamak Goh Tong Jaya....harga tidak seperti biasa...maklum lah minum di atas puncak....

Carbo Loading dulu sebelum turun....

Tayar pancit semasa turun... sama berlaku seperti di TCR.....rupanya terdapat batu tajam halus yang melekat pada tayar....

Jumlah jarak kayuhan sejauh 86km sahaja....tetapi letih dan penat dari TCR minggu lepas...


No comments:

Post a Comment