Sunday 16 November 2014

Johor Master Century Ride 2014 - 15 November 2014

Johor Master Century Ride 2014 merupakan kayuhan "century ride" yang keempat pada tahun ini selepas KCR,TCR dan MCR. Kali ini berkayuhan dikawasan peraginan Desaru dengan bermula dan berakhir di Lotus Desaru Beach Resort. Kayuhan sejauh 170km dengan boleh dikatakan sepanjang laluan  berbentuk roller coaster dan sememangnya cukup mencabar mental dan fizikal setiap pengayuh.

Kayuhan kali ini merupakan pencapaian terburuk berbandingan dengan kayuhan century ride sebelum ini. Ini mungkin berpunca dari kurang latihan serta keadaan perut yang kurang memuaskan akibat pengambilan pil sebelum kayuhan. Laluan jalan raya juga agak  kurang memuaskan dengan banyak rekahan tar pada permukaan jalan yang menyukarkan kayuhan.

Walaubagaimana pun, keseluruhan penganjuran cukup memuaskan dari segi kawalan trafik, timing record, pengurusan di finishing line serta jamuan makan tengahari serta lucky draw. Tahun depan jika dianjurkan lagi, latihan yang lebih perlu digandakan bagi memastikan laluan berbukit mudah untuk didaki....  


Kayuhan century ride yang ke-4 untuk tahun ini...kayuhan kali ini hanya dikhaskan untuk pengayuh yang berumur 30 tahun keatas sahaja....

Di starting line....menunggu flag off pada pukul 7.30 pagi....

Bersama ahli-ahli Mastana yang lain...


Bermula dan berakhir di hadapan pintu masuk Lotus Desaru Beach Resort....


Sebelum kayuhan bermula...credit kepada Attaque....

Kayuhan bermula....


Peserta dilepaskan selepas 10km....

 


Tamat kayuhan dengan pretasi masa yang terburuk.... in sya allah, cuba lagi pada tahun hadapan....


Sekalung medal buat kenang-kenangan.....

No comments:

Post a Comment