Sunday 21 December 2014

International MTB D'Paya Indah Wet Land 2014 - 21 December 2014

International MTB D'Paya Indah Wet Land 2014 telah berlangsung di Wet Land Paya Indah, Dengkil. Dianjurkan oleh Bikeaway dengan kerjasama daripada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Seramai lebih kurang 1,700 penyertaan kali ini dengan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Explorace dan Jamboree. Seperti biasa, jika berkayuh di kawasan Paya Indah ini pasti akan merasai pengalaman berkayuh di dalam paya tanah gambut yang semestinya berselut, licin serta berlumpur. Ditambahkan lagi dengan cuaca hujan sekarang ini, memang bermandi lumpur. Cuaca mendung disepanjang kayuhan juga memberikan sedikit kelegaan bagi setiap peserta.

Secara keseluruhannya, event kali ini berjaya menarik minat peserta untuk berkayuh disini lagi dan acara tahun hadapan pasti ditunggu....kepada mereka yang belum pernah berkayuh disini bolehlah merancangnya pada tahun hadapan walaupun pendakian tidak banyak tapi kepuasan tetap ada.....


Penyertaan kali ke-2 untuk event di Paya Indah Wet Land....

Peserta di starting line....dengan peserta Explorace di bahagian hadapan... 


Flag off pada pukul 8.30 pagi dengan peserta Explorace dilepaskan 5 minit awal....

Laluan offroad berlumpur.....


Kesesakan.....halangan dihadapan...

Woow....ada parit besar rupanya...

Yang nak guna titi boleh guna titi....yang nak redah boleh masuk dalam parit....ikut suka hati...

Sejuk jugak air parit nie.....

Kalau tak nak basah kasut....titi kayu disediakan tapi kena tunggu giliran...

Layan trek sawit pulak....

Laluan licin....

Trek ladang teh Boh pulak.....tak sangka dekat tanah rendah pun ada ladang teh jugak....

Layan climbing kat ladang teh pulak....

Kawasan perumahan di ladang sawit....rumah dah siap tapi masih belum diduduki...

Pendakian di ladang sawit lagi....laluan licin dan berlumpur...sering kali terbabas...


Traffic jam lagi.....masuk parit lagi....tunggu giliran...nasib baik ada marshal yang stand-by membantu....


Layan tanah gambut pulak.....

Laluan landai tapi licin serta memenatkan....

Main selut paya pulak....hitam pekat, nasib baik tak berbau sangat....

Memasuki kawasan Wet Land Paya Indah....lega dah nak sampai tapi kena pusing kawasan tasik pulak....

Uuuikkkk....ingatkan dah tak ada lopak air nak kena redah.....basah lagi kasut...kasut basah tak apa tapi kaki sejuk dah rasa macam nak cramp pulak....

Menuju finishing line....

Selamat sampai.....

Medal....tanda ingatan....kalau Bikeaway punya event, medal memang mantap-mantap....cun melecun...

Solo jea kali ini....

TQ.....Bikeaway....Bro Anuar Salehan....medal memang Terbaik....

No comments:

Post a Comment