Sunday 8 March 2015

Lesgone Feed The Homeless - 6 March 2015

Lesgone Feed The Homeless, acara bulanan untuk kali ketiga pada tahun ini dan merupakan penyertaan kali pertama pada tahun ini disebabkan sibuk pada awal tahun. Penyertaan kali ini mencecah seramai 65 orang pengayuh.

Seperti biasa, kawasan yang dilawati adalah CIMB Jalan Tuanku Abdul Rahman, Selangor Mansion, Masjid Negara, Bas Stand Klang dan juga Bangkok Bank Central Market. Pada malam ini, jumlah rakan gelandangan berkurang di semua kawasan, ini mungkin berpunca daripada aktiviti pihak berkuasa pada malam ini yang melakukan pemantauan dan persediaan bagi acara perhimpunan pada tengahari keesokkannya.

Lesgone Feed The Homeless - Feeding People Is NOT A Crime...

Bersama wife kali nie....ingin merasai pengalaman berkayuh malam di bandaraya KL sambil melihat dengan sendiri kehidupan di kotaraya....

Berkumpul di LRT Ampang Park seawal jam 10 Malam...

Wak juga turut sertai untuk merasai pengalaman baru...

Rakan-rakan rider yang lain ...bersiap sedia selepas selesai membungkus semua keperluaan yang akan diagihkan nanti....

Briefing daripada pihak penganjur tentang laluan serta adab-adab semasa melakukan aktiviti ini...

Terdapat juga peserta yang pertama kali menyertainya dan ada juga yang memang setiap bulan dengan muka yang sama....Tahniah kepada mereka yang sentiasa istiqamah...

Peserta baru pada kali ini....sudah lama menyimpan niat dan malam ini dikabulkan....


Pengedaran bungkusan di Jalan Tuanku Abdul Rahman....

Menuju ke Sogo.....

Menuju ke Dataran Merdeka....

Banyak kereta yang diparking di tepi jalan di Dataran Merdeka.... tempat buat warga kota melepak sambil berborak...

Wife pertama kali berkayuh malam....seronok katanya, bulan depan nak ikut lagi...

Masjid Negara....

Penerangan dari pihak penganjur tentang laluan seterusnya....

Bangkok Bank Central Market....

Ucapan penutup dari penganjur....ucapan terima kasih kepada semua....


Singgah makan dulu....kena Sup Kambing cicah roti sebelum balik....


Bergambar di KLCC sebelum lampu dipadamkan...nasib baik sempat bergambar....


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam Encik Rosdan. Saya berminat utk mengetahui lebih lanjut ttg Lesgone feed thw homeless utk tugsn belia y menyertai aktiviti sukarelawan. Saya cuba menghantar email kpd encik ttp gagal. Sy hrp encik dpt membantu sy. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf..saya tak perasan ada massage dari anda....boleh hantar ke email....dann_mech@hotmail.com
      terima kasih...

      Delete