Sunday 12 April 2015

Kolej Komuniti Hulu Selangor MTB Jamboree 2015 - 12 April 2015

Kolej Komuniti Hulu Selangor MTB Jamboree 2015 merupakan penganjuran kali kedua oleh pihak kolej. Kayuhan sejauh 35km dengan "on road" sejauh 11km dan "off road" sejauh 24km. Penyertaan seramai lebih kurang 500 orang dan bermula diperkarangan kolej komuniti.

Laluan trek yang disediakan tidak semudah yang disangka, 10km yang pertama memang menguji segala kekuatan mental dan fizikal peserta. Pendakian yang panjang serta berbatu sememangnya cukup meletihkan. Ramai juga peserta yang terjatuh ketika menuruni downhill akibat batu yang licin serta lubang-lubang yang dilitupi oleh semak-samun. Apa-apa pun ini semua memang cabaran yang dicari....

Penyertaan yang pertama kali....

Solo rider hari ini.....ramai rakan-rakan yang mempunyai urusan masing2...

Di garisan permulaan....

Bersama rakan dari JiwaBasikal....

Flag off pada pukul 8pagi....

Laluan road menuju ke Ulu Kalong....


Off road bermula....dan pendakian juga bermula....




Tak larat....tolak jea...


Traffic jam.....ambik nafas dulu....

OOhhh....rupanya kawasan ini merupakan kawasan Hutan Simpan Kekal....sebab tuu banyak kawasan yang masih terpelihara dari pembangunan...memang indah khazanah alam ciptaan tuhan ini...


Take five dulu....


Sampai finishing line....


Lepak kat booth JiwaBasikal dulu...

Medal sebagi kenangan....

No comments:

Post a Comment