Sunday 23 August 2015

Halal Fun Ride 2015 - 22 August 2015

Halal Fun Ride 2015 telah berlangsung di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Kayuhan santai ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan telah menarik minat seramai lebih kurang 3000 orang peserta. Kayuhan sejauh 30km mengeliling Putrajaya dan telah dilepaskan pada pukul 8.30 pagi oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dusuki. Ucapan perasmian dan pelancaran "Kempen Yakini Halal Malaysia" telah dilakukan serentak bersama dengan flag off "Halal Fun Ride".

Sebenarnya, penyertaan kali ini tidak dirancang kerana pada awalnya kami telah mendaftar untuk Semenyih MTB Jamboree. Tapi disebabkan yuran penyertaan hanya RM20 dan selepas acara boleh terus bergerak ke Semenyih, kami mengambil keputusan untuk menyertainya.


Fun Ride yang dianjurkan oleh Jakim....ramai orang tertanya-tanya kenapa nama event ini "Halal Fun Ride".....

Bergambar dulu sebelum kayuhan.....PRCC-JiwaBasikal-KDRC....

Bermula diperkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @Masjid Besi...

Ada juga peserta yang membawa anak kecil kayuh bersama.....

Kayuhan bermula pada pukul 8.15 pagi....

Kayuhan menuju ke Dataran Putrajaya................

Ceria....




Berhenti bergambar dahulu....

Water Station di KM15.....

Menuju ke garisan penamat....


Selesai kayuhan....dengan jarak kayuhan sejauh 28km....


Acara yang sebenarnya ditunggu-tunggu....melepak di kedai mamak bersebelahan Istana Kehakiman....mengambil peluang untuk berkumpul bersama-sama rakan kayuhan....

No comments:

Post a Comment