Friday 11 September 2015

Malaysia Day Ride 2015 - 11 September 2015

Kayuhan mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam ajuran Biro Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun dianjurkan oleh badan politik dan tentunya berbau politik namun atas semangat kesukanan perkara tersebut ditolak ke tepi. Di Malaysia, politik dan sukan memang sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan. Kerana setiap badan sukan pasti ada penaungnya dari kalangan orang politik. Ada baik dan buruknya campur tangan orang politik ini namun banyak buruk dari baiknya. Disebabkan itu, mutu sukan di Malaysia ini berada ditakuk lama dan jauh terkebelakang berbanding dengan negara rantau asia yang lain.

Hanya 4 orang wakil PRCC jea yang berkayuh pada malam ini, yang lain ada hal masing-masing. Kayuhan bermula di Dataran Merdeka menuju ke KTM Kuala Lumpur-Muzium Negara-Jalan Bangsar-Jalan Maarof-Lebuhraya Sprint-Lebuhraya Jalan Duta-Sungai Buloh-Jalan Tuanku Abdul Rahman-Lebuhraya Sultan Iskandar-Jalan Tun Razak-Jalan Ampang-Jalan Pinang-Jalan Raja Chulan-Jalan Bukit Bintang-Jalan Sultan Ismail-Jalan Tuanku Abdul Rahman dan seterusnya kembali semula ke Dataran Merdeka.

Kayuhan bermula pada pukul 10.30 malam dan tamat pada pukul 2 pagi. Pelbagai acara sampingan telah diadakan seperti mini konsert AF serta hiburan yang lain. Tak sangka pula, aturcara majlis ini dihadiri oleh pembesar terulung negara.


Kayuhan malam disekitar bandaraya Kuala Lumpur.... 

Starting line....hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad...Dataran Merdeka....semangat kuning malam nie...


Berposing dulu sebelum kayuhan...ramai yang bersemangat kuning malam ini ruapanya....

Lebih kurang 4 ribu pengayuh malam ini...dan tidak dicampur dengan "ghost rider"....

Duduk di barisan belakang....kawasan hadapan telah penuh dengan peserta...lagi pun malas nak dengar ceramah politik...

Tak ramai peserta yang memakai baju yang diberikan...kebanyakanya memakai baju jersey group masing-masing....

Flag off pada pukul 10.30 malam......


Golongan bangsawan berada di atas pentas...."pemimpin terulung" melepaskan peserta....

Jalan Tun Razak.....menuju ke Jalan Ampang....

Depan Pavillion.....

Pertama Kompleks.....penuh dengan kenangan shopping kompleks ini....dari dulu sehingga sekarang masih lagi dikenali...

Jalan Tuanku Abdul Rahman.... 

Selfie dulu.....

Menuju ke garisan penamat.... 

Beratur untuk menuntut medal yang disediakan....

Konsert hiburan....AF Reunion....tak berapa nak layan sangat....datang nak kayuh bukan nak tengok konsert...




Medal kenangan.....

Acara lucky draw bermula....macam biasa, tak lucky pun....

Koleksi medal sebagai kenangan..... 

Ending paling best....perkena roti goyang di kedai mamak Selangor Mansion....

Memang terbaik.....roti canai kosong dengan dua biji telur separuh masak....

Jarak kayuhan sejauh 29km....

No comments:

Post a Comment