Saturday 28 November 2015

Solo Ride Empangan KKB - 28 November 2015

Kayuhan solo ke Empangan Kuala Kubu Bahru bagi persediaan untuk kayuhan King Of Mountain Cameron Highland pada minggu hadapan. Kayuhan seawal pukul 7.30 pagi menuju ke Kuala Kubu Bahru melalui jalan Ampang Pecah dan seterusnya ke Empangan KKB.


Sampai di Empangan KKB pada pukul 9.10 pagi....

Persimpangan jalan menuju ke Kuala Kubu Bahru....



Berselfie dulu di depan signboard Empangan KKB....

Pemandangan dari jalan raya menuju ke Fraser Hill....

Muatan air penuh....limpahan air di kawasan empangan.....sudah lama tak berlaku limpahan air di empangan akibat kekurangan hujan....sekarang jumlah kapasiti air ditahap maksimum....


Bergambar solo dahulu....


Pemandangan serta suasana yang mendamaikan di pagi hari....


Ruang Information berkaitan Empangan KKB ...maklumat tentang awal pembinaan sehingga empangan ini siap...penuh dengan maklumat yang berguna...di buka untuk lawatan, tapi tak pasti pukul berapa dibuka...

Gabezo untuk mereka yang ingin bersantai sambil menenang fikiran sambil menghirup udara segar...

Kawasan berpagar dengan rapi sambil dijaga oleh pengawal keselamatan....

Menuju pulang....nak tambah lagi mileage, melencong ke Jalan Perodua E9 dahulu sebelum sampai ke rumah....

Menuju pulang....

Kayuhan sejauh 76km sahaja....

No comments:

Post a Comment