Monday 14 December 2015

Mizuno Wave Run 2015 - 13 December 2015

Mizuno Wave Run 2015 merupakan acara yang sepatutnya berlangsung pada 29 September yang lalu, namun terpaksa ditunda akibat bencana jerebu yang melanda negara pada masa tersebut. Acara yang sepatutnya berlangsung di Dataran Putrajaya Persint 2 namun kali ini telah ditukar ke Pusat Rekreasi Air Persint 6 Putrajaya.

Acara kali ini telah menarik minat seramai lebih kurang 3000 orang peserta dan jarak larian adalah sejauh 21km dan 10km. Hanya mengambil jarak larian sejauh 10km sahaja, masih mencari stamina bagi jarak yang lebih jauh.


Acara yang sepatutnya berlangsung pada 29 September yang lalu, namun telah ditunda ke hari ini....

 
Mendapat sokongan dari isteri yang sentiasa memahami....

Larian  bermula pada pukul 6.50 pagi....namun terlambat 10 minit selepas peserta dilepaskan...ini gara-gara tersalah lokasi....mencari Pusat Rekreasi Air Persint 6 tapi tersasar ke Pusat Rekreasi Air Wet Land...."moral down" bila tengok peserta telah memulakan larian sedangkan masih lagi di kereta sambil memakai kasut....
 
 Larian dah masuk ke Km5.5 selepas water station....belakang lutut dah mula terasa sakit....sakit seperti di New Balance Home Run minggu lepas.... 

Putrajaya International Convention Center...PICC 

Larian masih berbaki 2km sahaja.....

 
Lutut masih sakit dan sukar untuk berlari....hanya mampu berjalan ketika ini....

Sampai di finishing line....

Peserta sudah ramai sampai di finishing line....


Satu lagi koleksi medal sebagai kenangan....

Tasik....tempat sukan air bersebelahan dengan Pullman Hotel Putrajaya....

Jarak larian sejauh 10km sahaja....

No comments:

Post a Comment