Tuesday, 19 April 2016

Hiking d'Bukit Sentosa - 17 April 2016

Kesempatan hujung minggu pada kali ini adalah mendaki bukit di kawasan Bukit Sentosa. Program sihat hujung minggu anjuran Masjid As-Salam Bukit Sentosa pada kali ini adalah mendaki di Bukit Seroja berhampiran dengan Masjid As-Salam. Bersama wife serta 50 orang peserta yang lain mula mendaki pada pukul 8 pagi dan aktiviti tamat pada pukul 11.30 pagi.

Teruja juga apabila dapat melihat permandangan di sekitar Bukit Sentosa dan juga Bukit Beruntung. Pendakian ini telah diawasi oleh pihak Unit Amal Hulu Selangor bagi memastikan keselamatan para peserta kerana boleh dikatakan kebanyakan peserta adalah pertama kali mendaki bukit.



Sebenarnya memang dah lama berhajat untuk mendaki bukit di sini...dan kali ini dimakbulkan....

Menemani wife mendaki...kali pertama mendaki bukit semenjak berkahwin walaupun memangnya aktif dengan aktiviti lasak semasa muda remaja.....

Pendakian bermula....

Laluan masuk...berhampiran station pencawang TNB Bukit Sentosa....

Berselfie dulu.....

Pemandangan sekitar Bukit Sentosa....




Wife mendaki dengan menggunakan tali....


Peserta muslimin memulakan pendakian terlebih dahulu....


Pemandangan Masjid As-Salam dari puncak....

Sampai di atas puncak bukit.....


Pengisian rohani....tazkirah oleh Ustaz Masjid As-Salam berkaitan dengan iman dan beryukur dengan nikmat yang Allah berikan....

Pemandangan kawasan hutan berhampiran dengan perumahan Telipot....

Perjalanan turun dari puncak....menuruni cerun yang curam di kawasan hutan....

Menggunakan tali di laluan yang curam serta merbahaya....

Berhati-hati ketika melalui denai yang sedia ada....laluan kering kerana musin panas yang sedang melanda ketika ini...


Terdapat tasik tadahan air di kawasan ini...sunyi dan tidak berpenghuni...

Selesai pendakian...wife ceria walaupun keletihan....selepas ini minta nak mendaki di Bukit Broga pulak.... nasib baik bukan Bukit Tabur....sebab rasanya Bukit Tabur 10 kali ganda susah dari bukit ini.....

4 comments:

  1. Sis nk parking Kereta area mna ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parking kereta dekat tepi jalan besar sebelum naik ke bukit..

      Delete
  2. Salam..
    Laluan turun melalui hutan ke? Sebab tgk gmbr masa mndaki laluan bebatuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laluan mendaki memang berbatu...cuma untuk lebih extreme laluan turun boleh menggunakan laluan hutan atau pun turun dilaluan yang sama semasa mendaki...

      Delete