Saturday, 2 July 2016

Merempit di Litar SIC pada malam Ramadhan - 1 July 2016

Hasrat tercapai jua akhirnya....itu lah kata-kata yang dapat diluahkan semasa berjaya menjejakkan kaki di Litar Antarbangsa Sepang (SIC). Memang sudah lama berhajat untuk berkayuh di sini sambil merasai kelainan trek yang sememangnya terbaik di dunia. Acara bebas di dalam trek ini dibuka pada pukul 9 malam sehingaa 2 pagi kepada semua pengunjung sama ada ingin berbasikal atau berjogging. Trek sepanjang 5.543km untuk satu pusing dan terpulang kepada semua untuk melakukan seberapa banyak pusingan yang disukai sehingga jam 2 pagi.

Sampai di Litar Sepang pada pukul 10.30 malam bersama Iskandar dan malam ini kayuhan menggunakan jentera roadbike bagi merasai keseronokan berbasikal di litar lumba. Lebih daripada 1000 orang pengayuh pada malam ini yang terdiri dari pelbagai usia dan terdapat juga yang membawa keluarga untuk bersantai di dalam litar.


First time berkayuh di Litar Sepang....jika sebelum ini hanya menonton F1 dan Motor GP sahaja....

Bersama Iskandar sekali lagi....

Litar Sepang dipenuhi oleh pengayuh basikal serta runner yang ingin berjogging di dalam trek...cukup meriah pada malam ini...tak sangka sambutan cukup luar biasa...

Bergambar dulu sebelum merempit di dalam trek...


Laluan grand-stand.... kawasan kotak permulaan F1....

Berdesup-desup kelajuan kesemua pengayuh....seperti teruja dengan semanggat F1....

 
Berkayuh bersama Hetty Muslia di dalam trek....berkayuh sambil berborak....santai..

Semakin ramai pengayuh di dalam litar....suasana di depan grand-stand cukup meriah bersama rakan-rakan basikal yang lain....


Ceria di pagi hari....

Slow and steady.....

Melakukan 4 pusingan kayuhan dan 1 pusingan berlari....

Jualan minuman dan makanan maggie dalam cup....harga di dalam trek tidak sama seperti jualan di kedai mamak....harga seperti acara F1 sedang berlangsung.....

Peserta semakin ramai di grand-stand....tetapi ada yang telah mula balik setelah penat berkayuh....


Hamdi pun datang join sekali....tapi tanpa basikal...hanya nak berjogging katanya....

Committee yang menguruskan acara pada malam ini...terbaik...pendaftaran yang teratur dan cepat..tanpa sebarang bayaran....  

Berselfie dulu sebelum berlari....

Tukar kasut dulu.......

Berlari pula di dalam trek....terbaik....

Buat satu pusingan jadi lah....berlari lagi letih daripada berkayuh....berlari-lari anak jea....

Garisan finishing F1.....

Bergambar sakan dulu....sebelum balik...

Perrgghh....memang berpuas hati pada malam ini...berjaya juga menjejakkan kaki di dalam Litar Sepang.... 

Habis satu pusingan...cukup laa untuk kali ini...jam pun dah menunjukkan pukul 1.30 pagi...

Hamdi dah mula berjinak-jinak untuk berlari....tak lama lagi dah boleh masuk duathlon....

Kayuhan sejauh 22km jea.....4 pusingan....

Litar Sepang yang mempunyai jarak sejauh 5.5km.....antara trek terbaik dunia.....

Berlari satu pusingan di dalam litar.....

Ucapan terima kasih buat penganjur....jika ada lagi pasti akan datang semula ke sini....in sya allah....

No comments:

Post a Comment