Sunday, 18 September 2016

Compressport Run 2016 - 18 September 2016

Pendaftaran di saat akhir, jika diikutkan tak nak masuk event ini namun disebabkan ajakan oleh Afitz dan Hamdi register jea lah. Ini disebabkan dah dua kali event compressport ini diregister dan kedua-duanya jugak akhirnya tak pergi. Namun kali ini berjaya jua. Event compressport yang seterusnya adalah pada 1 October nanti iaitu Compressport Night Trail di Semenyih Eco Venture.

Larian kali ini bermula di Universiti Multimedia Cyberjaya dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Haft Marathon, 10km dan 5km. Larian bermula seawal jam 6 pagi untuk kategori haft marathon manakala 10km pada pukul 6.30 pagi.


Berjaya juga untuk berlari di event compressport jika sebelum ini dua event tak berjaya disertai....

Kali ini tidak bersendirian....bersama Apitz dan Man Badang serta Hamdi....tapi Hamdi dah start berlari sebab masuk Haft Marathon...

Acara kali ini bertempat di Multimedia University Cyberjaya.....

Peserta haft marathon telah memulakan larian pada pukul 6pagi....

Suasana masih gelap....tetapi awan nampak berarak mendung...angin bertiup kencang, menandakan hari mahu hujan....

Suasana pagi masih gelap...walaupun sepatutnya sudah cerah....petanda hujan mahu turun semakin nyata....sudah terasa air hujan menitis turun....

Starting line.....ramai peserta HM sudah meninggalkan starting line...hanya terdapat segelintir yang masih memulakan larian....

Starting line sudah sunyi....menunggu untuk dipenuhi oleh peserta 10km pulak...

Warm-up dulu sebelum mulakan larian.....


Bergerak ke starting line....peserta dilepaskan pada pukul 6.30 pagi...

 Sampai jua akhirnya....cuaca masih lagi gelap nak hujan...hanya hujan renyai-renyai semasa di KM6...tapi tak lebat....sampai finishing terus cerah....



Koleksi medal harimau malaya.....

Melepak lepas lari....

Bergambar dulu sebelum balik....



Hamdi baru sampai....finisher HM....tahniah....


 Masa untuk balik.....next year datang lagi....

 Sekadar yang termampu.....

No comments:

Post a Comment