Saturday 7 January 2017

Road 2 Genting Sempah - 7 January 2017

Minggu ini kayuhan di Genting Sempah jea...plan asal nak berkayuh sehingga ke Lemang Toki di Bentong, namun hajat terpaksa ditangguhkan lagi disebabkan kekangan masa dan ramai rakan-rakan yang mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Macam biasa, kayuhan bermula di kawasan berhampiran dengan Hospital Orang Asli Gombak pada pukul 9 pagi. Sememangnya jika berkayuh di sini pasti lewat bermula disebabkan memang tahu cuaca memang tidak begitu panas semasa mendaki disebabkan berada disebalik bukit dan tidak kena sangat pancaran cahaya. Ramai juga rider yang berkayuh pada hari ini, kebanyakan mereka sudah mula berkayuh di awal pagi dan bertembung semasa pertengahan jalan semasa pendakian. Suasana yang mendung dan berangin pada pagi ini amat sesuai untuk kayuhan.


Sampai di puncak Genting Sempah...tempat last check point sebelum berpatah balik atau menuruskan kayuh ke R&R Genting Sempah atau pun ke Janda Baik atau Bentong....

Kayuhan bersama Basri di awal kayuhan...

Abun...sudah lama tidak berkayuh bersama....

Ceria di awal pagi....kenderaan juga tidak berapa banyak pada pagi ini....

Santai....slow2 kayuh....

Santai jea pagi ini....recovery untuk kayuhan Audax minggu lepas...


Sempat lagi bergambar.....

Last Check Point....layan lepak bawah flyover dulu sambil makan buah jambu dan kena air kopi jantan....

Ceria jea semuanya....

Borak-borak dulu sebelum turun....


Ending....pekena ais cream kelapa dulu sebelum balik...kayuh tak seberapa tapi carbo loading tak ingat...


Cukup untuk minggu ini...kayuhan untuk kesihatan....

No comments:

Post a Comment