Sunday, 26 February 2017

Shah Alam Half Night Marathon 2017 - 26 February 2017

Larian Half Marathon yang pertama untuk tahun ini di Shah Alam Half Night Marathon. Ini merupakan kali kedua berlari di tengah malam disekitar bandaraya Shah Alam selepas Mizuno Wave Night Run pada tahun lepas. Jika dulu, Mizuno Wave Night Run merupakan kali pertama memasuki acara half marathon dan bermula di Stadium Shah Alam, namun kali ini masih dalam kategori yang sama tetapi bermula di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Larian bermula pada pukul 12.30 tengah malam dan masa yang diperuntukkan bagi larian half marathon selama 4 jam. Larian di tengah malam kurang mengganggu kesesakan lalu lintas disekitar bandaraya Shah Alam namun masih perlu berhati-hati terutama di laluan yang gelap tanpa lampu jalan. Semasa perjalanan menuju ke Shah Alam, hujan turun dengan lebatnya dari Rawang sehinggalah ke Bukit Subang, namun kawasan sekitar Shah Alam masih lagi kering. Ini bermaksud sama ada kawasan di sekitar Shah Alam tidak hujan atau masih belum hujan lagi. Tetapi melihatkan keadaan langit yang gelap bersama tiupan angin, menandakan hujan akan turun. Tepat tekaan kali ini, hujan turun sejurus flag off bermula. 3km yang pertama bermandikan hujan di tengah malam. Sepanjang larian, hujan turun renyai-renyai dan kadang-kadang berhenti. Berlari dalam kesejukan malam yang dingin....


Larian half marathon yang pertama untuk tahun ini dan yang kedua di bandaraya Shah Alam pada awal pagi....

Sebelum memulakan larian...peserta kali ini dianggarkan seramai lebih kurang 6 ribu orang...dataran Shah Alam dipenuhi dengan runner yang tidak tidur sepanjang malam... 

Bersama Man Badang kali ini....

Flag off pada pukul 12.30 tengah malam....acara kali ni dibahagikan kepada 2 kategori iaitu half marathon dan 10km....


Peserta front runner berada di garisan paling hadapan...laju-laju dia orang nie...memang tak terkejar pun...

Berada di garisan permulaan....





Ada jugak gambar time berlari....

Selesai larian pada pagi ini.....keletihan dan mengantuk....

Bergambar dulu sebelum balik....tak tunggu lama sebab mata dah mengantuk dan kena drive balik sorang-sorang... 


Ini sahaja yang mampu...target di bawah 3 jam tercapai namun tidak memperbaiki masa terbaik...masih perlu banyakkan usaha lagi....

Route yang berbeza dengan larian yang sebelum ini....

No comments:

Post a Comment