Sunday 21 May 2017

Standard Chartered KL Marathon 2017 - 21 May 2017

Standard Chartered KL Marathon 2017 merupakan penyertaan kali kedua, namun kali ini menyertai Half Marathon pulak setelah mencuba fun run 10km pada tahun lepas. Jika tahun lalu bermula di hadapan Shopping Complex SOGO dan kali ini bermula di Dataran Merdeka pula. Seramai 36K peserta pada tahun ini bagi kesemua kategori.

Larian bermula pada pukul 5.30 pagi meliputi laluan di Jalan Raja Laut-Jalan Sultan Ismail-Jalan Bukit Bintang-Jalan Tun Razak-Jalan Ampang-Highway Akhleh-Jalan Sultan Ismail-Jalan Kuching-Jalan Parlimen-Jalan Damansara dan seterusnya ke Dataran Merdeka semula. Larian kali ini agak consistence dan bersahaja, tidak mengejar masa hanya ingin menghabiskan larian tanpa sebarang kecederaan. Baki 3km yang terakhir, rentak larian semakin perlahan disebabkan tanda-tanda cramp sudah mulai terasa. Akhirnya berjaya juga sampai di garisan penamat di bawah masa 3 jam.


Event sebelum bermula bulan Ramadhan....

Peserta mula berkumpul seawal jam 3 pagi di Dataran Merdeka...cuaca baik serta cerah di awal pagi...

Kategori Full Marathon telah dilepaskan pada pukul 4 pagi....sekarang hanya menunggu pelepasan untuk Half Marathon pula...



Selfie dulu di hadapan garisan permulaan....

Pro Runner di garisan paling hadapan....ini semua top runner international....


  
Memasuki bahagian paling belakang iaitu PEN 4....maklumlah run santai-santai jea...

Flag Off tepat jam 5.30 pagi....tiada gambar yang diambil semasa berlari...fokus pada larian...

Ada jugak gambar time berlari....baki lagi 5km sebelum menghabiskan larian...

Sampai di garisan finishing pada pukul 8.29 minit pagi....alhamdullilah..berjaya dalam tempoh masa bawah 3 jam...


Beratur untuk mengambil goodies bag....


Nak bergambar dekat signboard nie kena beratur panjang....snap jea laa gambar...

Selfie dulu sebelum balik...hari dah mula panas....


Balik ke hotel....

On the way balik hotel...layan tengok acara kid run dulu kat depan hotel....


Ini jea yang mampu....tahun depan target bawah 2.30 minit pulak....

Laluan menarik...hanya terasa azab sedikit semasa 3km yang terakhir....time ini pun tenaga dah hampir nyawa-nyawa ikan....

No comments:

Post a Comment